Thursday, 2 January 2020

Umrah 2019 | Part 11 | Madinah | Al-Qaraat Restaurant

Berada di Kota Madinah, kadang-kadang terasa juga ingin merasai makanan Malaysia (boleh dikatakan agak homesick juga kalau berada di luar negara di dalam tempoh masa yang lama), dimana menyebabkan kami berjalan-jalan mengelilingi kawasan Masjid Nabawi untuk mencari makanan yang boleh di dapati disini.

 

Sampai satu ketika apabila kami berjalan-jalan di kawasan luaran Gate 25, kami terserempak dengan Rumah Makan Indonesia yang dikatakan terletak berhampiran dengan Pasar Al-Qaraat (yang juga agak terkenal dan menjadi sebutan ramai para jemaah di sini).


~ Umrah 2019 | Part 11 | Madinah | Al-Qaraat Restaurant - The Menu ~

 

Rumah Makan Indonesia ini terletak di tingkat 1 bangunan Al-Qaraat, dapat memuatkan lebih kurang 90 - 100 orang pada suatu ketika (disebabkan Rumah Makan Indonesia ini mengambil 1 tingkat sekaligus).

Terdapat pelbagai jenis menu yang menarik disediakan disini, lebih-lebih lagi setiap masakan adalah berdasarkan kepada hidangan Indonesia (banyak hidangan yang pedas-pedas). Berikut adalah beberapa hidangan yang ditawarkan di sini.

 
 
 
 
 

Memang makan disini dapat memenuhi selera kami, dimana setiap hidangan yang kami lihat, hampir semuanya dimasak dan dihidangkan dengan sambal hijau, merah dan lain-lain lagi. 

Namun, terdapat juga hidangan yang tidak pedas, bersesuaian untuk kanak-kanak yang kecil seperti ikan goreng dan lain-lain lagi.

 

Setelah membuat pembayaran di kaunter, kami telah memilih 2 jenis lauk serta 3 pinggan nasi putih, dimana harga yang dikenakan kepada kami adalah sebanyak 35 Riyal sahaja.

Berikut adalah pecahan makanan serta harga yang telah ditetapkan berdasarkan kepada hidangan yang telah kami ambil.

 
 

| Nasi Putih 5 Riyal untuk 1 pinggan | Ikan Goreng 5 Riyal untuk 1 ketul | Sayur Goreng 10 Riyal untuk 1 pinggan |


Bagi kami, 35 Riyal untuk kami berempat (4) makan adalah sangat berbaloi, meskipun ianya hanya untuk mengisi kekosongan perut yang merindui makanan berunsurkan Malaysia dan Indonesia. 

Sebagai langkah berjimat cermat, kami tidak memesan sebarang air, kerana kami telahpun membawa air Zam Zam yang telah diisi di dalam botol air yang kecil (mudah untuk dibawa berjalan-jalan).

Berikut adalah senarai penuh hidangan yang ditawarkan oleh Rumah Makan Indonesia, untuk dijadikan rujukan kepada para jemaah yang akan datang pada masa akan datang.

 
Senarai harga penuh yang ditawarkan oleh Rumah Makan Indonesia~


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment