Berada di negara luar memang sangat mencabar, lebih-lebih lagi apabila memerlukan aplikasi WhatsApp sebagai perkongsian maklumat diantara para jemaah dengan ketua rombongan.
Di dalam tempoh kami pertama kali tiba di Kota Madinah, sepanjang empat (4) hari, kami memang bergantung harap pada penggunaan WIFI Hotel, namun ia tetap membebankan kami apabila kami berada di luar kawasan Hotel, terutama ketika berada di Masjid Nabawi.
~ Umrah 2019 | Part 10 | Madinah | Sim Card Kiosks - It's Locations ~
Pada awalnya, terdapat orang yang berniaga Sim Card di hadapan hotel kami, namun apabila berborak-borak dengan Ketua Kumpulan yang lain, maka mereka menunjukkan lokasi yang lebih sesuai, iaitu berhampiran dengan Gate 26.
Maka, kami pun berjalan ke Gate 26 daripada Gate 5 yang mengambil masa kira-kira 5 - 7 minit mengelilingi kawasan Masjid Nabawi sebelum tiba di Gate 26.
Apabila tiba di lokasi yang dikatakan, selain daripada kiosk Mobily, terdapat juga kiosk Zain (yang juga merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan sim card).
Disebabkan ramai yang mengatakan perkhidmatan Mobily di Madinah dan Mekkah adalah yang terbaik, maka kami pun terus beratur di kiosk Mobily untuk menanyakan pakej yang disediakan serta mendapatkan perkhidmatan internet.
~ Umrah 2019 | Part 10 | Madinah | Sim Card Kiosks - Mobily Package ~
Setelah sampai giliran kami, maka banyak pertanyaan yang kami tanya lebih-lebih lagi pakej yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.
Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan mengikut negara-negara yang berbeza, mengikut kepada bilangan internet yang diberikan serta jumlah panggilan percuma (masa) yang dibenarkan, untuk kegunaan dalaman Arab Saudi sahaja.
Bagi rakyat Malaysia, pendaftaran lebih mudah daripada warganegara daripada negara-negara yang lain (kemungkinan disebabkan perhubungan baik diantara Malaysia dan Arab) dimana mereka hanya memerlukan nombor VISA sahaja (dan bukannya no Passport).
Tawaran yang diberikan kepada rakyat Malaysia ada beberapa pakej; 30 Riyal, 50 Riyal dan 99 Riyal. Namun bagi kami, pakej 50 Riyal sudah mencukupi dengan 2GB internet, 60 minit panggilan percuma dalam negara Arab.
Namun, pakej 50 Riyal tersebut yang kami pilih, kami hanya membayar 45 Riyal sahaja untuk satu Sim Card di dalam tempoh satu (1) bulan sahaja.
Ada juga diantara para jemaah yang lain mengambil pakej 99 Riyal yang menawarkan 5GB internet, 120 minit panggilan percuma dalam negara Arab.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan Sim Card Kiosks, serta beberapa pakej yang ditawarkan ketika berada di Madinah.
Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment