Thursday, 26 December 2019

Umrah 2019 | Part 09 | Madinah | Perkuburan Al-Baqi'

Setelah sekian lama berada di Kota Madinah menunaikan Ibadah di Masjid Nabawi, tiba-tiba terdetik di hati ingin melawat Perkuburan Al-Baqi', sesudah berada di Kota Madinah selama 7 hari dan 6 malam disini (keesokkan harinya kami akan berangkat ke Kota Mekkah pula).

 

Agak rugi bagi saya yang sudah sampai di Kota Madinah, tetapi tidak menziarahi tanah perkuburan yang diimpikan oleh semua umat Islam untuk dikuburkan disini.

Maka, sesudah solat Subuh pada hari yang ketujuh (ke-7), saya pun berjalan seorang diri menuju ke Perkuburan Al-Baqi'.


~ Umrah 2019 | Part 09 | Madinah | Perkuburan Al-Baqi' - Menyertai Rombongan Malaysia ~

 

Pada awal perjalanan saya menuju ke Perkuburan Al-Baqi' ini, saya ternampak dua (2) orang rakyat Malaysia yang sedang berjalan menuju ke kawasan perkuburan ini. 

Selepas memberi salam dan memberitahu hasrat untuk menyertai mereka, maka mereka mempelawa saya untuk menyertai mereka. Tok Guru (yang berada di tengah) memberitahu bahawa sekiranya kita ingin melawat ke kawasan ini, perlu ada penunjuk arah.

Setelah menunggu, maka penunjuk arah yang dikatakan pun tiba, iaitu seorang pelajar yang sedang belajar di Universiti Islam Madinah. Beliaulah yang menceritakan sejarah dan lokasi-lokasi tanah perkuburan para sahabat dan juga umat Islam yang mashyur.

 

Maka, kami terus memasuki kawasan tanah perkuburan Al-Baqi' ini setelah menanti kehadiran seorang lagi jemaah yang tidak muncul-muncul (sepatutnya kami pergi berempat).


~ Umrah 2019 | Part 09 | Madinah | Perkuburan Al-Baqi' - Interesting Facts ~

 

Masuk sahaja ke dalam kawasan Perkuburan Al-Baqi', terletak di sebelah kanan adalah golongan yang paling rapat dengan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu para isteri, saudara mara dan juga cucu-cucu Rasulullah s.a.w. 

Kawasan ini dijaga rapi oleh para penjaga (pihak polis bantuan tempatan) dimana mereka sangat melarang untuk bergambar dan sentiasa menyuruh para jemaah untuk meneruskan perjalanan ke lokasi yang lain.

 

Menurut kepada pelajar Universiti Islam Madinah ini, Makam Al-Baqi' (Perkuburan Al-Baqi') ini dibuka hanya selepas waktu Solat Subuh (dibuka sehingga jam 7 pagi iaitu selama 45 minit) dan selepas solat Asar (kira-kira 30 minit sahaja) dan hanya kaum lelaki sahaja yang dibenarkan menziarah tanah perkuburan ini.

Selain daripada itu, nama Baqi' ini adalah sempena nama Pokok Ghorqad, iaitu satu-satunya pokok yang melindungi kaum kafir sewaktu hari kiamat kelak dan kawasan ini suatu ketika dahulu memang ditumbuhi oleh pokok tersebut.

Dengan keberkatan tanah Al-Baqi' ini, jenazah yang dikuburkan disini hanya memerlukan dua (2) hingga tiga (3) tahun sahaja untuk sesebuah jenazah itu dileraikan sepenuhnya (dileraikan sehingga ke tulang-tulang bersatu menjadi bumi) sebelum tempat itu digali semula untuk ditempatkan jenazah yang baharu.


~ Umrah 2019 | Part 09 | Madinah | Perkuburan Al-Baqi' - Kubur yang penting ~

 

Setelah berjalan lebih kedalam di dalam kawasan Perkuburan Al-Baqi' ini, maka kami telah tiba di satu lokasi yang dikerumuni oleh para jemaah yang lain; iaitu Makam Saidina Uthman Ibnu Affan r,a.

Menurut kepada pelajar Universiti Islam Madinah, Saidina Uthman Ibnu Affan r.a telah memilih untuk dimakamkan di Tanah Perkuburan Al-Baqi' bagi mengelakkan timbulnya satu pendapat dimana sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w semuanya harus dimakamkan berhampiran dengan Baginda s.a.w.

Ini adalah disebabkan di Makam Rasulullah, dimakamkan bersama-sama dengan Baginda Rasulullah s.a.w adalah Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Saidina Umar Al-Khattab r.a.

Setelah memberi salam dan membaca doa keatas Saidina Uthman, ucapan terima kasih diatas jasa beliau mengembangkan Agama Islam, maka kami meneruskan perjalanan ke lokasi yang lain.

 

Lokasi kedua (ke-2) yang dibawa adalah Makam Ibu Susuan Baginda Rasulullah s.a.w, iaitu Halimah Al-Sa'diah.

 

Lokasi yang ketiga (ke-3) pula adalah Makam Imam Malik bersama-sama dengan Makam Imam Nafi' (yang merupakan guru kepada Imam Malik), dimana Imam Malik adalah seorang imam yang mengeluarkan Mazhab Maliki (salah satu Mazhab Agung yang diikuti oleh sebahagian daripada Umat Islam).


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan Perkuburan Al-Baqi' yang terletak bersebelahan dengan MAsjid Nabawi.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment