Monday, 2 December 2019

Umrah 2019 | Part 02 | Muscat - Jeddah Airport via Oman Air

Setelah 8 jam berada di dalam perut kapal terbang Oman Air yang menerbangkan kami dari Kuala Lumpur (KLIA), maka kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat yang terletak di Muscat, Oman.

 

Seperti biasa, jam yang menunjukkan pada 4 pagi waktu Malaysia (12 tengah malam waktu Oman), membuatkan kami agak kelam kabut dengan anak-anak yang mengantuk dan perlu mendukung disepanjang transit kami yang mengambil masa kira-kira 2 jam di Muscat Airport ini.


~ Umrah 2019 | Part 02 | Muscat - Jeddah Airport via Oman Air - Muscat Airport ~

 

Setelah tandas di Muscat Airport ini diserang, maka kami meneruskan perjalanan kami menuju ke kaunter transit, untuk di-transit-kan ke Jeddah, Arab Saudi pula. 

 

Jarak dari pintu ketibaan ke kaunter transit agak jauh, nasib baik terdapat kemudahan yang disediakan di kawasan ketibaan ini. Maka, tanpa segan silu kami pun menggunakan kemudahan yang sudah disediakan ini.


 

Setiba kami sampai di kaunter penukaran penerbangan, semua barangan-barangan yang kami bawa perlu diperiksa bagi tujuan keselamatan. Ini termasuk jaket sejuk, tali pinggang (perlu dibuka), dan kosongkan poket seluar daripada sebarang peranti eletronik dan juga duit siling.

Disebabkan mendukung Izzat, maka terpaksalah saya kejutkan dia dari tidur untuk saya membuat perkara-perkara diatas. Setelah semuanya selesai, aktiviti mendukung disambung semula sehingga menaiki kapal terbang yang akan membawa kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pula.


~ Umrah 2019 | Part 02 | Muscat - Jeddah Airport via Oman Air - Supper at Oman Air ~

 

Masuk sahaja kedalam perut kapal terbang Oman Air yang akan menerbangkan kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, Irfan dan Izzat pun menyambung peniduran mereka sehingga tiba di Jeddah, Arab Saudi. 

Namun, bagi saya yang masih belum menyesuaikan diri dengan perubahan waktu (pesawat selamat berlepas kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan (7 pagi waktu Malaysia), memang agak sukar untuk tidur semula.

Maka, setelah kapal terbang berada di dalam keadaan yang stabil, makanan tengah malam dihidangkan kepada kami.

 
 
Makan tengah malam yang dihidangkan oleh Oman Air~

Setelah selesai menikmati hidangan ini, maka tiba masanya untuk melihat koleksi movie yang disediakan oleh Penerbangan Oman Air.


~ Umrah 2019 | Part 02 | Muscat - Jeddah Airport via Oman Air - Jeddah International Airport ~

 

Alhamdulillah, setelah berada selama 3 jam berada di dalam perut kapal terbang Oman Air dari Muscat Airport, akhirnya kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada jam 5 pagi waktu tempatan (jam 10 pagi waktu Malaysia).

 
 

Daripada kapal terbang, kami dibawa dengan menaiki Bas Airport untuk sampai ke pintu ketibaan yang terletak kira-kira 3 minit perjalanan dengan menaiki bas ini.

 
 

Setiba kami di kawasan imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, perjalanan kami telah dipermudahkan oleh Allah s.w.t dimana tidak ada satu pun oranng yang beratur di kawasan imigresen tersebut, memudahkan kami untuk melepasi kawasan ini di dalam tempoh masa 5 minit sahaja.

Jumlah kaunter imigresen yang dibuka adalah sebanyak 15 buah, dan kesemua kaunter imigresen tersebut semuanya kosong. Alhamdulillah~

Pernah diceritakan oleh beberapa sahabat-sahabat kami yang pernah menunaikan ibadah Umrah, dimana mereka terpaksa menunggu untuk melepasi kawasan imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah ini selama 5 jam. Alhamdulillah, Allah s.w.t permudahkan perjalanan kami.


 
 

Setelah selesai di bahagian imigresen, maka kami menanti ketibaan bagasi kami yang dibawa masuk ke dalam kawasan kargo kapal terbang sebelum ini. 

 

Setelah menunggu kira-kira 20 minit, maka semua jemaah yang berada di dalam kumpulan kami selesai mengambil barang masing-masing dan meneruskan perjalanan keluar daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah mengikut ketua kumpulan kami.

 
 

Sementara menanti kehadiran Bas Shuttle untuk membawa kami ke destinasi yang seterusnya, kesemua jemaah berkumpul di satu kawasan letak kenderaan berat sambil mengenali diantara satu sama yang lain.

Bagi Irfan dan Izzat pula, sangat fokus mencari kucing didalam rimbunan trolley airport~


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang seterusnya.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment