Thursday, 5 December 2019

Umrah 2019 | Part 03 | To Madinah via Land Transportation

Setelah hampir 20 minit menanti ketibaan Bas Shuttle di perkarangan tempat letak kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, maka bas tersebut selamat sampai bagi mengambil kami dan membawa kami ke destinasi yang seterusnya.

 

Setelah selesai semua barang-barang dimasukkan di dalam bahagian bawah bas, maka kami bersedia untuk bergerak menuju ke Kota Madinah. 

Namun, satu peristiwa telah berlaku dimana kami tidak dapat bergerak, kerana kehilangan seorang jemaah yang sepatutnya bersama-sama dengan kami.


~ Umrah 2019 | Part 03 | To Madinah via Land Transportation - Our First Allegation ~

 

Semasa taklimat yang telah diberikan kepada kami semua oleh ketua kumpulan, Hj Bakri selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, beliau telah memaklumkan bahawa semua harus berada bersama-sama dan akan menunaikan Solat Subuh di Surau di dalam perjalanan nanti.

 

Namun, kehilangan seorang jemaah amat membuatkan kami serta Ketua Kumpulan kami berasa binggung akan lokasi jemaah tersebut. Beberapa petugas travel agent yang bertugas di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah ini berkeliaran mencari jemaah yang hilang ini.

 

Akhirnya, dengan keredhaan Allah s.w.t, Jemaah yang hilang tersebut berjaya ditemukan setelah hampir 20 minit kami menanti khabar berita daripada Ketua Kumpulan kami. 

Dan oleh disebabkan waktu Solat Subuh menghampiri ke penghujungnya, maka kami keluar semula dan menuju ke Surau yang terletak di Pintu Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.


~ Umrah 2019 | Part 03 | To Madinah via Land Transportation - Departing to Madinah ~

 

Setelah segalanya selesai (menunaikan Solat Subuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah), maka kami semua berkumpul semula di dalam bas untuk meneruskan perjalanan ke Kota Madinah.

 

Jarak perjalanan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah ke Kota Madinah mengambil masa kira-kira 4 jam hingga 5 jam dengan menaiki Bas, dimana jaraknya adalah lebih kurang 470KM daripada Kota Jeddah.

 
 

Rezeki kami mengikuti Travel Agent ini, kami telah diberi makanan sarapan pagi berupa hidangan Ayam Penyet ala-ala Arab Style, yang terdiri daripada Nasi Putih, Ayam Goreng, Sambal Penyet, Timun, dan juga Pisang. 

 

Alhamdulillah, cukup untuk membuatkan kami mengalas perut yang kekosongan ini (walaupun dikatakan sarapan pagi, tapi waktu di Malaysia sudah menunjukkan jam 12 tengah hari).


~ Umrah 2019 | Part 03 | To Madinah via Land Transportation - Resting at Saudi's R&R ~


 

Setelah berada di atas jalan raya selama dua (2) jam, maka bas menghentikan kami di salah sebuah daripada R&R yang disediakan di tepi laluan jalan utama yang menghubungkan Kota Jeddah dan Kota Madinah.

Pertama kali berada disini, kawasan R&R yang amat luas ini memang menghairankan kerana memang kurang orang yang berhenti disini samada untuk mengisi gas diesel mahupun untuk berehat.


 
 

Setelah berhenti selama 15 minit (dimana kebanyakkan para jemaah yang keluar untuk ke tandas, dan ada juga yang membeli barangan untuk dimakan di dalam bas), maka kami menyambungkan perjalanan ke Kota Madinah yang mengambil masa lagi dua (2) jam perjalanan.


~ Umrah 2019 | Part 03 | To Madinah via Land Transportation - A Glimpse of Madinah Munawwarah ~


 
Pemeriksaan Kenderaan sebelum masuk ke Kota Madinah~

Setelah berada di atas jalan raya selama 3 jam, maka kami tiba di pintu pemeriksaan Kenderaan sebelum masuk ke kawasan Kota Madinah (yang mengambil masa kira-kira lagi 1 jam perjalanan).


 

Terdapat beberapa sejarah dimana dimana Kota Madinah adalah merupakan Kota Kedua Rasulullah s.a.w pergi untuk mengembangkan ajaran Agama Islam selepas Kota Thaif (dimana baginda menerima tentangan yang hebat oleh penduduk Kota Thaif).


 

Kota Madinah ini juga Allah s.w.t telah angkatkan dan jadikan sebagai salah satu daripada Tanah Haram di bumi Arab Saudi ini, selain daripada Kota Mekkah.


 
 

Setelah lebih kurang 4 jam berada di dalam bas, maka akhirnya kami pun tiba di destinasi yang pertama kami, iaitu di perkarangan hotel yang akan kami tinggal selama 8 hari di Kota Madinah ini, dimana akan saya kongsikan dengan anda di post yang seterusnya.



**********

Mungkin para pembaca ingin mengetahui tentang sejarah perkembangan Islam di Kota Madinah ini, maka insyaallah akan saya selitkan di dalam post-post yang akan datang.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian pengalaman ke tanah suci.

    ReplyDelete