Kawasan pintu masuk yang bernombor 25 di Masjid Nabawi ini agak terkenal dengan para jemaah yang datangnya dari Malaysia dan juga Indonesia, kerana bilangan kiosk makanan yang agak banyak boleh didapati di kawasan ini.
Diantara beberapa kiosk makanan yang boleh didapati di kawasan ini, terdapat dua (2) kiosk makanan yang telah menarik perhatian kami sekeluarga untuk menyinggah dan mengalas perut.
Kiosk makanan yang pertama yang menarik perhatian kami ketika melalui kawasan ini adalah Kiosk Al Shalal, yang menyediakan makanan dan masakan Arab seperti Kebab, Nasi Arab dan lain-lain lagi.
Istimewa tentang kiosk ini, adalah Ice Cream yang ditawarkan di dalam pelbagai jenis perasa seperti Vanila, Chocolate, Strawberry, dan lain-lain lagi.
Harga untuk seketul ais krim yang disediakan di kiosk Al Shalal ini hanyalah empat (4) Riyal untuk satu kon sahaja. Rasanya, memang lain daripada ais krim yang biasanya didapati di Malaysia.
Ais krim di sini harus dicuba bagi mereka yang pertama kali ingin merasai kelainan ais krim di Kota Madinah.
~ Umrah 2019 | Part 12 | Madinah | Foodies near Gate 25 - Fun Taiba Juices & Food Kiosk ~
Lokasi kiosk makanan yang seterusnya yang kami singgah dan menikmati makanan tengah hari adalah sebuah kiosk yang diberi nama Fun Taiba Juices and Food, terletak tidak jauh daripada kiosk Al-Shalal.
Antara sebab kami menyinggah ke kiosk ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memenuhi permintaan si isteri yang sukakan buah-buahan (jus) yang disediakan disini.
Special Fun Taiba Juice, 10 Riyal~
Selain daripada minuman jus yang dibeli khas untuk yang tersayang, kami juga membeli sedikit makanan untuk si kecil (Beef Burger) dan juga si besar (Chicken Half Broast, ala-ala ayam goreng versi negara Arab).
Burger daging yang disediakan disini agak menghairankan kami, kerana burger tersebut disediakan dengan keju dan juga french fries seperti di dalam gambar diatas. Rasanya memang agak pelik, tetapi setelah diasingkan fries dari burger tersebut, si kecil memakannya sehingga habis.
Bagi chicken broast pula, ianya agak pedas untuk diberikan kepada si kecil, tambahan pula ianya dimasak agak lama dan menyebabkan ayam goreng menjadi keras. Apabila dikatakan Half Broast, maka kuantitinya adalah sebanyak setengah ekor ayam.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan beberapa kedai makan yang telah kami singgah ketika berjalan di kawasan pintu Masjid Nabawi yang bernombor 25.
Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment