Setelah berada di Kota Madinah selepas beberapa hari, sudah tiba masanya untuk kami mengikuti ziarah dalaman yang dikendalikan oleh pihak travel agent yang kami ikuti.
Dengan bertujuan mendekatkan diri kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, maka kami telah dibawa melawat tempat-tempat bersejarah di kawasan luar sekitar Masjid Nabawi.
~ Umrah 2019 | Part 18 | Madinah | Ziarah Dalaman Kota Madinah (Part 1) - Masjid Al-Ghamamah ~
~ Umrah 2019 | Part 18 | Madinah | Ziarah Dalaman Kota Madinah (Part 1) - Masjid Al-Ghamamah ~
Perjalanan menziarahi kawasan sekeliling Masjid Nabawi (atau dikenali sebagai Ziarah Dalaman) ini bermula dengan para jemaah berkumpul di hadapan pintu Masjid Nabawi yang bernombor 5 dan keluar ke pintu Masjid Nabawi yang bernombor 6.
Setelah berjalan kaki kira-kira dua hingga tiga minit, maka kami telah tiba di lokasi pertama iaitu kawasan Masjid Al-Ghamamah.
Menurut kepada Mutawwif yang bertugas; Ustaz Ilyaz, tapak Masjid Al-Ghamamah ini merupakan tapak dimana Baginda Rasulullah s.a.w dipercayai mendirikan Solat Hari Raya Aidul-Fitri dan Aidul-Ahda pada tahun 635 selepas masihi.
Meskipun ianya adalah tapak peninggalan Baginda Rasulullah s.a.w, Masjid ini dihidupkan semula setelah sekian lama tidak digunakan dan dijadikan pusat beribadah oleh kerajaan Arab Saudi yang baru.
Masjid Al-Ghamamah, yang bererti Masjid Awan, diriwayatkan terdapat sebuah awan yang menghalang sinaran matahari ketika Baginda Rasulullah s.a.w sedang melaksanakan ibadah (solat) di tempat ini.
~ Umrah 2019 | Part 18 | Madinah | Ziarah Dalaman Kota Madinah (Part 1) - Masjid Abu Bakar ~
Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a pula terletak kira-kira tidak sampai satu (1) minit daripada Masjid Al-Ghumamah, merupakan salah satu daripada tiga (3) masjid tua yang mempunyai sejarah di dalam perkembangan Islam pada zaman dahulu.
Terdapat dua (2) versi tentang latar belakang dan sejarah masjid ini;
1. Lokasi ini telah dilaksanakan Solat Hari Raya Aidul-Fitri dan juga Solat Hari Raya Aidul-Adha oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a bersama-sama dengan Baginda Rasulullah s.a.w.
2. Lokasi Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan tapak rumah Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
Terdapat kebarangkalian hubungkait diantara kedua-dua versi tentang masjid ini diantara satu sama lain, menyebabkan terdirinya Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz sekitar tahun 50 Hijrah.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan dua (2) buah masjid yang terletak di Barat Daya Masjid Nabawi, Madinah. Pada post yang seterusnya, akan daya kongsikan tentang dua (2) buah lagi Masjid yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri.
Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment