Thursday 4 June 2020

Umrah 2019 | Part 51 | Mekkah | Museum As-Haabee Exhibition (Part 1)

Berada di Kota Mekkah semasa menunaikan Ibadah Umrah, tawaf dan lain-lain lagi diselang-seli dengan beberapa ziarah penting yang telah diaturkan oleh pihak travel agent.

 

Lokasi pertama yang telah dibawa oleh pihak travel agent (serta Mutawwif yang bertugas) adalah ke Museum As-Haabee Exhibition (Museum Sahabat), terletak berhampiran dengan kompleks Jabal Omar.


~ Umrah 2019 | Part 51 | Mekkah | Museum As-Haabee Exhibition (Part 1) - The Entrance ~

 

Permulaan bagi ziarah dalaman ini, setiap jemaah di dalam kumpulan kami berkumpul di hadapan As-Safwa Tower berhampiran dengan Tandas bernombor 3, dimana ianya merupakan tempat yang menjadi tempat perhimpunan kami ketika ingin melaksanakan Ziarah Dalaman Kota Mekkah.

Apabila semuanya telah tiba, dan waktu yang dijanjikan telah tiba, maka kami pun terus bergerak kearah sebelah kompleks Jabal Omar untuk melawati Museum As-Haabee Expedition ini.


 

Apabila tiba di pintu masuk Museum As-Haabee Exhibition, maka Mutawwif bersama-sama dengan ketua kumpulan mula melakukan kerja mereka dengan pihak pengurusan Museum As-Haabee Exhibition.

Sementara itu, kami pun berlegar-legar dihadapan Museum As-Haabee Exhibition ini sementara menanti giliran untuk masuk.


~ Umrah 2019 | Part 51 | Mekkah | Museum As-Haabee Exhibition (Part 1) - The Inner Museum ~

 
Bersama Mutawwif yang kacak~

Setelah menunggu hampir 20 minit dihadapan pintu masuk Museum As-Haabee Exhibition, maka kami dibenarkan untuk memasuki museum ini secara berkumpulan. Keseluruhannya, Museum As-Haabee ini terbahagi kepada kepada 11 bahagian.

Berikut adalah pecahan 11 bahagian yang saya maklumkan;

Bahagian 1 : Reception
Bahagian 2 : Truthful and Devoted to Allah
Bahagian 3 : Allah Loves Them
Bahagian 4 : The Birth of Madeena
Bahagian 5 : Ever Ready to Respond to Allah and his Messenger
Bahagian 6 : Life in Madeena
Bahagian 7 : The Farewell
Bahagian 8 : Rightly-Guided
Bahagian 9 : Horizons of Light
Bahagian 10 : Shop
Bahagian 11 : Farewell


Insyaallah, di dalam post-post yang akan datang, saya akan cuba untuk merangkumi kesemua bahagian yang terdapat di dalam Museum As-Haabee Exhibition ini.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi dengan perkongsian yang lebih mendalam di dalam post yang berikutnya.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment