Kini telah masuk ke bahagian ketiga edisi Museum As-Haabee Exhibition yang terletak di Kota Mekkah, dimana anda boleh membaca bahagian pertama dan bahagian kedua disini.
Di bahagian ketiga ini, saya akan berkongsikan dengan anda tiga (3) lagi kawasan yang disediakan di dalam Museum As-Haabee Exhibition ini, iaitu The Birth of Madeenah (4th Area), Ever Ready to Respond to Allah and his Messenger (5th Area), dan Life in Madeenah (6th Area).
~ Umrah 2019 | Part 53 | Mekkah | Museum As-Haabee Exhibition (Part 3) - Area 4 : The Birth of Madeenah ~
Di kawasan ini banyak menceritakan tentang sejarah penghijrahan Baginda Rasulullah s.a.w dari Kota Mekkah ke Kota Madinah, selepas menerima ancaman bunuh daripada kaum Musyrikin Mekkah.
Diatas adalah merupakan peta yang dikatakan merupakan perjalanan Baginda Rasulullah s.a.w sewaktu penghijrahan Baginda ke Kota Madinah dari Kota Mekkah, bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq serta beberapa lokasi yang dikatakan mungkin menjadi tempat persinggahan mereka ketika itu.
Turut dikongsikan disini juga adalah peta Kota Madinah, dilakarkan menurut kepada sejarah penghijrahan Baginda Rasulullah s.a.w seperti di dalam gambar utama (gambar pertama di dalam post ini).
Diceritakan di kawasan ini, setelah penghijrahan Baginda Rasulullah s.a.w bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq ke Kota Madinah, satu per satu sahabat Baginda Rasulullah s.a.w yang ditindas di Kota Mekkah telah berhijrah ke Kota Madinah.
Penghijrahan sahabat Baginda Rasulullah s.a.w yang terakhir akhirnya menyepikan Kota Mekkah dari sebarang aktiviti dakwah dan Kota Mekkah kembali ke zaman Jahilliah semula.
Di sepanjang penghijrahan Baginda Rasulullah s.a.w, para pengkaji sejarah telah menemukan pelbagai tulisan yang telah diukir diatas batu-batu yang dikatakan ditulis atau diukir oleh sahabat-sahabat Baginda Rasulullah s.a.w yang telah memeluk agama Islam pada ketika itu.
~ Umrah 2019 | Part 53 | Mekkah | Museum As-Haabee Exhibition (Part 3) - Area 5 : Ever Ready to Respond to Allah and His Messenger ~
Kawasan ini mengkisarkan tentang kesediaan umat islam di dalam menyahut seruan Allah s.w.t dan Baginda Rasulullah s.a.w di dalam menyebarkan Agama Allah, iaitu Agama Islam.
Di sini, sebuah tayangan telah ditayangkan oleh pihak pengurusan museum dimana tayangan ini adalah merupakan tayangan yang mengisarkan tentang Peperangan Badar. Banyak ilmu yang boleh dicerahkan ketika menonton tayangan ini.
Diantara beberapa informasi yang telah ditulis, informasi diatas telah berjaya mencuri pandangan saya tentang betapa besarnya ganjaran pahala yang akan kita perolehi sekiranya kita berwakaf demi jalan Allah s.w.t.
~ Umrah 2019 | Part 53 | Mekkah | Museum As-Haabee Exhibition (Part 3) - Area 6 : Life in Madeenah ~
Sewaktu Baginda Rasulullah s.a.w berhijrah ke Kota Madinah, Baginda melihat keadaan rumah-rumah kediaman yang diduduki oleh penduduk Madinah ketika itu, laman rumah mereka agak kotor.
Dengan segera Baginda Rasulullah s.a.w bertitah untuk mengemaskan dan membersihkan kawasan halaman perumahan sehingga tiada satu pun sampah mahupun rumput yang dapat dilihat dihalaan rumah yang diduduki oleh Abdullah Ibnu Mas'ood (sepertimana yang diberitahu oleh salah seorang daripada isteri Abdullah Ibnu Mas'ood).
Selain daripada itu, kami juga dapat melihat beberapa nama yang telah dijanjikan syurga, dimana tujuh diantaranya adalah terdiri daripada para pedagang yang ada diantaranya kita kenal akan namanya.
Ketujuh-tujuh orang itu adalah:
1. Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a
2. Saidina Umar Ibnu Al-Khattaab r.a
3. Saidina Uthmaan Ibnu 'Affaan r.a
4. Abdur-Rahman Ibnu 'Awf r.a
5. Az-Zuhayr Ibnu As-.Awwaam r.a
6. Talhah Ibnu 'Ubaydullah r.a
7. Sa'd Ibnu Abee Waqqaas r.a
Memang banyak info-info yang menarik, yang boleh kita pelajari daripada sejarah penghijrahan Islam, sejarah peperangan dan juga sejarah kehidupan para sahabat Baginda Rasulullah s.a.w ketika berada di Kota Madinah.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan bahagian ketiga bagi edisi Museum As-Haabee Expedition. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment