Kini sudah masuk ke bahagian yang ke-empat (ke-4) berkenaan dengan Museum As-Haabee Exhibition yang terletak berhampiran dengan pusat membeli-belah Jabal Omar, Kota Mekkah.
Pada post sebelum ini, enam kawasan telah saya kongsikan yang telah terbahagi kepada tiga (3) bahagian; bahagian 1, bahagian 2 dan bahagian 3. Pada bahagian ini, saya akan berkongsikan empat (4) kawasan yang terakhir.
Bahagian ini lebih mengisarkan sejarah dimana selepas kebebasan Kota Mekkah (atau dikenali sebagai pembebasan Kaabah) daripada patung berhala yang membuktikan kemenangan Islam di dalam menakluki dan membebaskan Kota Mekkah.
Beberapa sejarah dan peristiwa penting ketika pembebasan Kota Mekkah serta sebelum kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w ada diletakkan sebagai informasi para tetamu Museum ini, bagi mendekatkan dan menghayati lagi pengorbanan Baginda Rasulullah s.a.w demi mengembangkan agama Islam.
Sebelum kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w, berlaku peristiwa dimana Saidatina Aisyah r.a yang duduk bersama-sama dengan Baginda Rasulullah s.a.w melihat saat-saat kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w di kamar tidurnya.
Memang banyak informasi-informasi yang boleh didapati dan dihayati ketika melawat kawasan ini, lebih-lebih lagi berkenaan dengan sahabat-sahabat Baginda Rasulullah s.a.w ketika kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w.
~ Umrah 2019 | Part 54 | Mekkah | Museum As-Haabee Exhibition (Part 4) - Area 8 : Rightly Guided ~
Di kawasan yang ke-lapan (ke-8) ini, banyak menceritakan perkembangan Islam setelah kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w, yang dibawa oleh sahabat-sahabat Baginda di dalam penyebaran dan memastikan Agama Islam terus kekal di bumi Arab ini.
Diantara beberapa kisah adalah pengorbanan Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a, serta beberapa Khalifah yang lain di dalam memerangi Nabi-nabi palsu yang muncul setelah kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w serta beberapa peristiwa yang lain di dalam bumi Arab.
~ Umrah 2019 | Part 54 | Mekkah | Museum As-Haabee Exhibition (Part 4) - Area 9 : Horizons of Light ~
Ketika kami melalui kawasan yang ke-sembilan (ke-9) ini, terdapat banyak peristiwa pengembangan agama Islam hingga ke luar bumi Arab selepas kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w.
Diantaranya adalah peperangan yang melibatkan panglima Islam yang masyhor iaitu Saidina Khaalid Ibn Al-Waleed menentang tentera Parsi yang diketuai oleh 'Aqqah Ibn Abee 'Aqqah dengan menggunakan taktik peperangan yang bijak, dimana menyebabkan kekeliruan tentera parsi dan tertangkapnya panglima perang Parsi didalam kekeliruan taktik tersebut.
Banyak lagi sejarah-sejarah yang penting tentang perkembangan Islam setelah kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w yang boleh dihayati di dalam kawasan ini.
~ Umrah 2019 | Part 54 | Mekkah | Museum As-Haabee Exhibition (Part 4) - Area 10 : Shop ~
Kawasan terakhir yang terletak dipenghujung kawasan yang penuh dengan informasi-informasi yang bersejarah ini tidak lain dan tidak bukan adalah kawasan hadiah dan cenderamata untuk dibeli oleh para pelawat yang memasuki ke dalam Museum As-Haabee Exhibition.
Kebanyakkan barangan yang dijual di dalam kawasan ini adalah beberapa buku nota dan Al-Quran, peralatan untuk menunaikan solat seperti sejadah, serban, dan lain-lain lagi.
Secara kesimpulannya, memang banyak informasi-informasi yang dapat saya perolehi daripada lawatan ke Museum As-Haabee Exhibition lebih-lebih lagi pengorbanan para sahabat Baginda Rasulullah s.a.w didalam menegakkan dan mengembangkan ajaran Islam ke seluruh dunia.
Sampai disini sahaja edisi Museum As-Haabee Exhibition yang terletak di Kota Mekkah. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
**********
Sampai disini sahaja edisi Museum As-Haabee Exhibition yang terletak di Kota Mekkah. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment