Thursday 23 July 2020

The Wave Residence Klebang Melaka Review

Berada di Bandar Melaka semasa cuti persekolahan pada awal tahun ini sangat bermakna bagi kami, dimana kami dapat menginap di sebuah service apartment yang terletak di The Wave Residence, Klebang.


Pada asalnya, kami bercadang untuk pergi hanya dengan keluarga kami sahaja, namun apabila difikirkan semula, kegembiraan haruslah dikongsi bersama-sama, maka kami menjemput kesemua adik-adik si isteri yang ingin ikut bersama.


~ The Wave Residence Klebang Melaka - The Room ~


Di The Wave Residence ini, yang juga merupakan sebuah service apartment, terdiri daripada dua (2) buah bilik (bilik utama dan bilik kedua) serta sebuah tandas yang dikongsi bersama.

Bilik utama~

Bilik kedua~

Bagi kami, untuk bilik yang kami sekeluarga duduk iaitu di bilik utama memang tiada masalah, namun terdapat beberapa kejadian yang kurang selesa dimana terdapat beberapa tompok kesan air serta beberapa helaian rambut di atas cadar.

Tandas utama (tandas kongsi)~

Keadaan tandas yang telah disediakan oleh pihak penganjur adalah kering dan sangat bersih. Seterusnya, jom kita lihat kawasan ruang utama serta bahagian dapur yang telah disediakan oleh pihak penganjur.




Kawasan ruang tamu yang amat simple~


Dan kawasan dapur yang sangat kemas dan bersih~

Apabila kami memasuki ke dalam kawasan dapur, memang susunan pekakasnya yang kemas serta keadaan kabinet dapur yang bersih dan kering. Akan tetapi, terdapat satu tempat yang pekerja pembersihan lupa untuk lihat, iaitu di dalam microwave oven.

Sewaktu kami masuk ke dalam kawasan dapur, memang terbau sesuatu yang agak kurang menyenangkan, dan adik ipar yang mencari punca bau tersebut mendapati terdapat sisa makanan yang sudah berkulat di dalam microwave oven.


Satu lagi perkara yang menarik, dan perlu diberi perhatian yang penuh terutama sekali ketika membawa anak-anak adalah di kawasan beranda bilik, dimana menerusi beranda tersebut dapat dilihat kolam renang The Wave Residence.

Bukannya apa, cuma untuk memastikan anak-anak kecil ini tidak menolak rail dengan kuat ataupun memanjat rail sehingga boleh berlaku kemalangan yang tidak diingini sahaja.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment