Thursday 2 July 2020

Umrah 2019 | Part 59 | Mekkah | Bukit Safa dan Bukit Marwah

Setelah selesai melawat dan menziarah beberapa lokasi penting seperti Perpustakaan Mekkah, Tapak Rumah Baginda Rasulullah s.a.w bersama Siti Hadijah dan beberapa lagi lokasi penting berhampiran dengan Bukit Safa dan Bukit Bukit Marwah, pada post ini, saya akan berkongsi pula lawatan sendirian berhad yang saya buat.

 

Lawatan sendirian berhad yang saya lakukan tidak lain dan tidak bukan adalah lawatan ke lokasi para jemaah melakukan ibadah Saie diantara Bukit Marwah dan Bukit Safa.


~ Umrah 2019 | Part 58 | Mekkah | Bukit Safa dan Bukit Marwah - Suasana Lokasi Saie ~

 

Sewaktu kami melawat lokasi para jemaah mengerjakan ibadah saie bersama-sama dengan Irfan, sesudah selesai mengerjakan solat Zuhur di Masjidil Haram, kami memulakan perjalanan kami dari lokasi permulaan bagi setiap para jemaah yang ingin memulakan ibadah saie ini; iaitu di Bukit Safa.

Sebelum memulakan ibadah saie di Bukit Safa, menurut kepada rukun Umrah ataupun rukun Haji, niat dan doa untuk mengerjakan ibadah saie harus dilakukan terlebih dahulu dengan menghadap kearah Kaabah.


 

Sewaktu di dalam perjalanan diantara Bukit Safa dan Bukit Marwah, boleh dilihat satu lokasi yang mempunyai lampu yang berwarna hijau (seperti di gambaran diatas) dimana para jemaah lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak bagi mengingati kisah Siti Hajar berdoa kepada Allah s.w.t.

Di sepanjang mengerjakan ibadah saie, para jemaah akan melalui kawasan ini sebanyak tujuh (7) kali dan setiap kali melalui kawasan ini, para jemaah lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak.


 

Lokasi saie yang seterusnya adalah Bukit Marwah, dimana merupakan bukit yang kedua di dalam peristiwa Siti Hajar memohon bantuan daripada Allah. Bukit ini juga merupakan lokasi terakhir Ibadah Saie disempurnakan selepas berjalan dan berlari-lari anak selama tujuh (7) pusingan.

Ketika kami tiba di lokasi ini, memang ramai para jemaah yang sedang mengerjakan ibadah Saie mahupun yang telah selesai mengerjakan ibadah Saie berhenti seketika untuk berdoa dan berhajat memohon pertolongan daripada Allah s.w.t.


 
 

Di sepanjang perjalanan kami melawat lokasi ibadah Saie ini, terdapat beberapa lokasi ataupun perhentian sementara bagi mengurangkan rasa dahaga dengan meminum air zamzam yang telah disediakan disepanjang laluan ini.

Oleh itu, tidak perlu risau tentang air minum sekiranya terlupa membawanya daripada hotel, kerana air minuman yang disediakan di sepanjang laluan saie ini mencukupi.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment