Thursday 30 July 2020

Melantak Restaurant Klebang Review

Sehari sebelum berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Malaysia disebabkan pendemik Covid-19 ini, kami berada di Melaka Bandaraya Bersejarah diatas urusan peribadi untuk menyambut dan meraikan hari ulang tahun perkarwinan Wawa dan juga Akmal.

Lokasi ini dipilih oleh mereka sendiri (Najwa dan Akmal) untuk merasai hidangan Western yang dihidangkan disini, kerana pada asalnya, kami hanya mengimpit mengikuti mereka sahaja.. Hehe, tak malu betul~~

Disebabkan Restoran Melantak yang terletak di Klebang ini menjadi pilihan, maka tidak salah untuk kita lihat hidangan dan menu yang turut disediakan di restoran ini.


~ Melantak Restaurant Klebang Review - The Menu ~


Sama seperti di setiap restoran yang menyediakan hidangan steak, Restoran Melantak ini juga menyediakan pelbagai jenis daging lembu dan juga kambing sebagai pilihan para tetamu.




Jikalau kita tengok, memang sukar untuk membuat pilihan daging yang banyak variasinya (serta harganya yang dilabelkan mengikut gram), namun apabila selesai membuat pilihan, kami diberi pilihan untuk memasaknya mengikut tahap Rare, Medium Rare, Medium, Medium Done ataupun Well Done.

Selain daripada Steak, hidangan Western yang lain juga turut disediakan bagi mereka yang ingin merasai makanan seperti Spaghetti, Fries dan lain-lain lagi.



Bagi meraikan ulang tahun Najwa dan Akmal, kami telah membuat satu kejutan dengan menghadiahkan kek ulang tahun mereka, dan semestinya kek yang menjadi pilihan kami adalah kek coklat (hanya kek itu sahaja yang nampak sedap)~




Tadaa.. Dan inilah dia kek ulang tahun yang telah dihiasi dengan gula melaka cair (rasanya), dan semestinya juga si isteri tumpang gembira melihat kek tersebut, seumpama dia yang punya hari ulang tahun.


Happy Anniversary yang pertama, Korang~~

Bila sudah puas bergambar, maka tibalah masa untuk hidangan utama yang telah kami pesan~


~ Melantak Restaurant Klebang Review - The Foodies ~


Setiap seorang daripada kami memesan hidangan yang berbeza-beza, mengikut kepada minat masing-masing. Jom kita tengok hidangan yang telah kami pesan di Restoran Melantak ini~





Hidangan pertama yang menjadi pilihan si isteri adalah merupakan T-Bone Steak yang berharga RM 62.00, dihidangkan bersama-sama coleslaw, mash potato dan juga sos lada hitam yang agak sedap. Memang tidak cukup sos lada hitam yang disediakan oleh pihak restoran, sehingga beliau menambah sos tersebut.






Hidangan yang kedua dipilih oleh Akmal adalah Wa'Gyu Steak yang berharga RM 128.00, dihidangkan dengan asparagus goreng rangup, mash potato serta sos lada hitam yang sama. Daging Wa'Gyu ini juga sempat saya rasa sedikit, ternyata struktur dagingnya yang lembut ini sangat senang untuk dimakan (dagingnya juga berasa sedikit manis).





Hidangan yang seterusnya, yang dipilih oleh Najwa tidak lain dan tidak bukan adalah Alio Oglio Beef Spaghetti yang sangat mengiurkan, dengan kandungan cheese yang ditabur diatas hidangan ini menyebabkan ianya makin berlemak. Kandungan daging dan broccoli yang dihidangkan juga agak banyak.





Bagi anak-anak kami pula, pilihan yang telah kami pilih adalah Spaghetti Cabonara Beef dan juga French Fries, dikongsi makan bersama-sama. Seperti Alio Oglio Beef, kandungan daging di dalam hidangan Spaghetti Cabonara ini juga agak banyak dan rasanya kurang berlemak berbanding dengan Alio Oglio Beef.




Yang paling menarik, minuman yang disediakan di Restoran Melantak ini adalah percuma sahaja; terdiri daripada air peach, teh o lemon, kopi, dan lain-lain lagi. 


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan Resstoran Melantak yang menyediakan hidangan western. Semoga berjumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment