Monday 3 August 2020

FamVillion Melaka Review

Berada di Melaka bersama-sama dengan Najwa dan juga Akmal telah membawa kami ke salah satu tempat makanan kegemaran mereka, iaitu di FamVillion yang terletak di Bandar Melaka. Untuk ke kedai ini, memang perlu berpandukan kepada Waze, jika tidak memang tidak dapat sampai ke lokasi ini.

Di FamVillion ini mempunyai dua buah gerai kecil yang menyediakan hidangan kegemaran mereka, setiap kali ke Melaka pasti mereka akan singgah di tempat ini.

Jom kita lihat gerai apakah yang menarik, sehingga Najwa dan juga Akmal ini sanggup singgah setiap kali mereka datang ke Bandar Melaka ini.


~ FamVillion Melaka Review - Prank Fries ~


Gerai yang pertama yang berada di dalam FamVillion ini adalah Prank Fries, sebuah gerai yang menjual hidangan French Fries tetapi dengan ramuannya yang tersendiri. 

Di sini, selain daripada French Fries biasa (nama yang diberi adalah French Fries Bukan Bashe2).... Hmm... Namanya pon agak mengelirukan, tapi takpe la.. selain daripada yang telah saya maklumkan, terdapat lebih daripada 5 jenis French Fries yang lain.

Setelah membuat pilihan, maka pilihan kami adalah sejenis French Fries yang diberi nama Chilli Cheese yang berharga RM 12.00 untuk satu hidangan. Sudah namanya Chilli Cheese, sudah semestinya hidangan ini mempunyai banyak cheese diatasnya, yang dibakar daripada ketulan cheese yang dihiris halus.



Tadaa... Inilah rupa Chilli Cheese French Fries yang disediakan oleh Prank Fries, salah satu gerai yang berada di FamVillion. Campuran cili dan juga cheese yang disediakan ini memang agak unik, mempunyai rasa kepedasan yang dicampur dengan rasa kelemakan cheese.

Sebenarnya, memang tidak cukup untuk kami makan disebabkan ianya agak lazat, tetapi disebabkan kami telahpun bergerak ke lokasi yang lain, maka tidak dapat kami membelinya lagi.

Kami telah cuba, kami berani dan memang sedap!!


~ FamVillion Melaka Review - MFR Mango Float Royale ~


Gerai yang kedua di dalam Kedai FamVillion ini adalah kedai MFR Mango Float Royale, dimana khususnya menjual air mangga serta manggo float mengikut pilihan para pembeli. Disebabkan si isteri ini peminat buah mangga, maka kami pon memesan untuk merasai satu mango float daripada gerai ini.


Kandungan Mango Float ini terdiri daripada tiga bahagian. 

Bahagian pertama merupakan mango blended yang di blend diantara jus mangga dengan ais; bahagian kedua merupakan aiskrim perasa vanilla; dan bahagian terakhir adalah potongan mangga-mangga segar yang diletakkan diatas penutup.


Inilah rupa mango float yang disediakan oleh kedai MFR Mango Float Royale. Rasanya memang sedap, disebabkan kandungannya yang hampir 100% terdiri daripada buah mangga. Boleh ketagihan juga jika selalu minum Mango Float ini, sebab memang lazat!


**********


Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment