Monday 17 August 2020

Sup Tulang Power Sg Merab Bangi Review

Tengah kerja keras, tiba-tiba terasa hendak merasai hidangan sup pula. Punya lah tanya kawan-kawan di mana boleh saya dapatkan hidangan sup yang sedap, berhampiran dengan Putrajaya sehinggalah sahabat saya, Syakirin mempelawa untuk membawa saya untuk makan di sebuah kedai di Bangi.


Maklumlah, lepas balik daripada menunaikan Ibadah Umrah, macam-macam hidangan Malaysia yang saya rindu untuk rasai, termasuklah hidangan Sup yang disediakan di Sup Tulang Power yang terletak berhampiran dengan UNITEN.

Tepat sahaja jam 1 petang, maka kami terus hidupkan kereta dan datang ke sini.


~ Sup Tulang Power Sg Merab Bangi Review - The Soup ~


Makanan yang dihidangkan di Kedai Sup Tulang Power Sg Merab ini sangat simple dan senang, kerana mereka menekankan hidangan sup mereka yang dikatakan power ini.




Hidangan set untuk Sup Power ini adalah satu pinggan nasi dan sup pilihan. Bagi saya pada kali ini, sup pilihan adalah Sup Tulang Daging, dipilih sempena dengan nama kedai ini. Kalau tengok sahaja sudah tahu betapa pekatnya sup yang dihidangkan ini.

Bila sup pekat, maka rasanya pun turut menjadi power. Akan tetapi, kalau berlebihan rempah yang digunakan, ianya akan menyebabkan rasanya menjadi pelik dan tidak sedap. Untuk Sup Tulang ini, memang terbaik.

Harga untuk hidangan sup ini, termasuk harga nasi putih adalah..

| Sup Tulang Daging = RM 6.50 | Sup Daging = RM 6.50 | Sup Ayam = RM 5.00 |


Selain daripada hidangan sup seperti diatas, terdapat juga hidangan lain yang berasaskan sup seperti mee sup, mee hun sup, mee kari, soto, dan macam-macam lagi.



Perasa tambahan yang wajib ada, untuk menambahkan kelazatan hidangan Sup Tulang ini adalah Sambal Cili Kicap yang disediakan di setiap atas meja makan. Rasanya memang pedas, dan saya yang selaku peminat kepedasan ini pun sampai berpeluh menikmati kelazatan campuran sup dengan cili kicap ini.


**********


Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment