Monday 24 August 2020

Ayam Penyet Original Dengkil Review

Di Pekan Dengkil memang banyak kedai-kedai makan dan minuman yang boleh didapati dengan harga yang murah, berbanding dengan hidangan yang boleh didapati di Cyberjaya.


Untuk kali ini, kami menerokai lokasi yang lain, menyediakan set hidangan Ayam Penyet juga yang diberi nama Ayam Penyet Original Dengkil.

Sedapkah hidangan Ayam Penyet Original ini, jika dibandingkan dengan kedai-kedai yang lain di sekitar pekan Dengkil ini?


~ Ayam Penyet Original Dengkil Review - The Menu ~


Disebabkan ketika kami menyinggah ke kedai ini sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, maka S.O.P serta norma baharu juga harus diikuti untuk memastikan Covid19 dapat dibendung dan dihentikan dengan jayanya.

Tanpa membuang masa, saya kongsikan hidangan yang kami pesan, disediakan di kedai Ayam Penyet Original Dengkil.



Hidangan pertama yang kami pesan adalah Set Ayam Penyet yang berharga RM 7.00, terdiri daripada bahan-bahan asas seperti ayam goreng, sayuran (timun dan kubis), tauhu goreng, tempe, sup, nasi dan juga sambal penyet.

Disebabkan setiap hidangan ayam penyet ini merujuk kepada rasa sambal penyet, maka sambal penyet yang disediakan disini juga turut dinilai. OK la, rasa sambal penyet dia..



Hidangan kedua yang dipesan adalah Bakso, yang bahan asasnya terdiri daripada bola-bola daging, soohun, sup, serta hirisan sayuran seperti kubis, bawang goreng dan daun sup.

Untuk hidangan Bakso ini pula, perkara yang perlu dinilai adalah dari segi supnya. Ternyata, untuk sup yang disediakan di kedai ini tidak dapat memuaskan citarasa kami disebabkan rasa supnya yang agak cair.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment