Thursday 27 August 2020

Restoran Makang Cyberjaya Review

Diantara restoran-restoran yang menjadi tempat kami singgah untuk menikmati hidangan sarapan pagi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan diangkat oleh pihak kerajaan Malaysia adalah di Restoran Makang yang terletak berhadapan dengan Malakat Mall, Cyberjaya.


Kita lihat kepada nama kedai pon sudah tahu, bahawa kedai ini pasti menyediakan hidangan masakan ala-ala pantai barat (terutama sekali hidangan makanan dari negeri Terengganu).

Tanpa membuang masa, jom kita lihat hidangan apa yang disediakan disini.


~ Restoran Makang Cyberjaya Review - The Foodies ~


Melihat kepada lauk-lauk yang disediakan di Restoran Makang Cyberjaya untuk sarapan pagi pun sudah mengetahui bahawa kedai ini memang menyediakan hidangan Nasi Dagang, dimana kehadiran Ikan Tongkol sebagai lauk rasmi bagi penggemar Nasi Dagang yang asli.

Nasi dagang yang menjadi buruan~

Selain daripada Ikan Tongkil, terdapat juga lauk-lauk yang lain yang turut disediakan seperti Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah dan lain-lain lagi. Rasanya juga memang dapat memuaskan nafsu para pelanggan terutamanya yang berasal daripada negeri Terengganu.

Nasi Dagang yang telah menjadi pilihan saya~

Nasi Hujan Panas yang menjadi pilihan saya juga~


Selain daripada hidangan Nasi Dagang, restoran Makang ini juga turut menyediakan nasi yang berbeza dengan Nasi Dagang ini, seperti Nasi Hujan Panas. Disebabkan saya kurang gemar dengan Ikan Tongkol, maka menu pilihan saya setiap kali datang ke Restoran Makang ini sudah semestinya Ayam Masah Merah.

Melayan Si Eddy untuk menikmati hidangan di Restoran Makang~

Harga bagi makanan disini agak mahal jika dibandingkan dengan warung yang menyediakan hidangan yang sama, namun hidangan tersebut sudah mengambil kira beberapa kos yang tersembunyi.

Jadi, OK je dengan harga makanan di Restoran Makang ini, bersesuaian dengan Cyberjaya.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment