Thursday 13 August 2020

Kak Tie Ayam Penyet Kg Dato Razali Dengkil Review

Sewaktu bekerja di Cyberjaya, saya seringkali inginkan makanan yang murah dan kuantitinya yang banyak. Setelah bertanya beberapa kawan yang duduk di kawasan Dengkil (bersebelahan dengan Cyberjaya), maka kami pun memulakan pencarian untuk meneroka kawasan dalaman Dengkil.


Pada asalnya, kami mencari makanan kampung sahaja, dan ingin mencuba untuk menikmati hidangan selain daripada Nasi Kak Wok, Burger dan lain-lain lagi, sehinggalah kami menemui Kedai Makan Kak Tie ini.

Lokasi kedai makan Kak Tie ini masuk kedalam sedikit, daripada jalan utama ke Pekan Dengkil dan ternyata memang murah dan lazat makanan yang dihidangkan disini.


~ Kak Tie Ayam Penyet Kg Dato Razali Dengkil Review - The Specialties ~


Selain daripada harga makanan sarapannya yang sangat murah, yang tidak boleh didapati di sekitar kawasan Cyberjaya dan Dengkil ini, terdapat juga hidangan yang kami rasa istimewa dengan harganya yang sangat murah.

Hidangan ini tidak lain dan tidak bukan adalah Ayam Penyet, Talapia Penyet, Keli Penyet ataupun segala hidangan yang bernama Penyet dibelakangnya.




Hidangan yang pertama adalah hidangan Ayam Penyet. Hidangan ini selalunya dihidangkan dengan secawan nasi, ayam goreng satu per empat (1/4), sambal penyet yang boleh ditambah sesuka hati, udang goreng (biasanya ada lebih kurang 4-5 ketul udang bersaiz sederhana) dan sayuran.

Sayuran pula ikut musim, yang menjadi kebiasaannya ada timun dan kadang-kadang ada sayuran tambahan seperti petai. Petai pon diberi secara free flow, bergantung kepada availability petai tersebut. Memang terbaik.





Hidangan yang kedua pula adalah hidangan Keli Penyet (atau nama glamournya Lele Penyet). Hidangan ini sama sahaja dengan hidangan Ayam Penyet, dengan kehadiran nasi, sayuran, udang dan sambal penyet yang free flow.

Harga bagi hidangan ini pula, untuk kami yang pertama kali datang ke kedai ini, sehingga bertanya sebanyak dua tiga kali sebab tidak percaya. Hanya RM 10.00 untuk setiap hidangan yang mempunyai nama 'penyet'.


**********


Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

1 comment:

  1. Musim pkp ni..bole delivery kan...ade no fon kedai tu x?

    ReplyDelete