Thursday 20 August 2020

Kyochon 1991 AEON Nilai Review

Di satu hujung minggu setelah kami semua pulang daripada mengerjakan Ibadah Umrah, kami berjalan-jalan di AEON Nilai yang dikatakan baru sahaja buka beberapa bulan sebelum kami mengerjakan ibadah umrah.


Setelah berjalan-jalan mengelilingi AEON Nilai yang mana banyak kedai masih belum dibuka sepenuhnya, kami bersetuju untuk menyinggah di Kyochon 1991 yang merupakan salah satu kedai yang menyediakan hidangan masakan Korea.

Bukannya apa, saya teringat hidangan makanan yang pernah kami makan di K Fry Urban Korean IOI City Mall, sebab itu kami singgah untuk melepaskan rindu.


~ Kyochon 1991 AEON Nilai Review - The Menu ~


Merujuk kepada Menu hidangan yang disediakan di Kyochon 1991 ini, kebanyakkan hidangan yang ditawarkan dalah berbentuk ayam goreng yang disaluti dengan sos yang unik setiap satu.

Dibawah ini adalah beberapa jenis hidangan yang ditawarkan disini.

Jenis Hidangan (Series)
| Red Pepper | Soy Garlic | Honey | Salsal | Rice |

Jenis Bahagian
| Wingette & Drumette | Drumstick | Half / Whole Chicken |

Harga untuk setiap satu diatas berbeza diantara satu sama yang lain. Maka, setelah hampir 10 minit memilih makanan, kami pun membuat pesanan. Pesanan kami adalah..





Menu yang kami pilih adalah Medium Meal Upgrade yang berharga RM 43.00 (tidak termasuk service tax); terdiri daripada dua (2) Steamed Rice, Passion Fruit Tea, Ice Lemon Tea, dua (2) sup kosong, dan dua belas (12) kepak ayam campuran yang dicampur diantara Red Pepper dan Soy Garlic.

Red Pepper yang ditawarkan agak pedas kepada mereka yang tidak tahan akan kepedasan, manakala Soy Garlic pula sangat sesuai untuk dijadikan hidangan untuk kanak-kanak kerana ianya tidak pedas seperti Red Pepper (siap ada rasa manis kicap lagi tu).





Jika dibandingkan dengan hidangan K Fry yang telah kami cuba sebelum ini, hidangan ini agak berbeza sedikit kerana jenis masakan yang dipilih juga berbeza (di K Fry, kami memesan hidangan Drummet bersalut Cheese).

Namun, rasa hidangan yang disediakan di Kyochon 1991 ini memang sedap, kerana rempahnya memang lain dan sangat berbeza dengan rasa makanan tradisional Malaysia yang biasa kita makan.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di masa akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment