Monday 10 December 2018

K Fry Urban Korean IOI City Mall Review

Bukan mudah untuk makan di Restoran K Fry Urban Korea yang terletak di IOI City Mall ini, dimana memang kebanyakan para pelanggan yang hadir di sini semuanya telah membuat tempahan lebih daripada satu (1) minggu.

 

Kami agak bertuah pada kali ini kerana Najwa telah membuat tempahan lebih awal, dan kami sekeluarga menumpang kegembiraan dengan mengikuti beliau bersama tunang beliau ke sini.

Najwa telah membuat tempahan lebih daripada 2 minggu untuk menghadiri dan menikmati hidangan di restoran ini sekali lagi kerana sebelum ini, beliau tidak puas dengan apa yang dimakannya kerana terlalu sedap.


~ K Fry Urban Korean IOI City Mall Review - Waiting Time ~

 

Masa yang telah ditempah adalah pada jam 8.00 malam, namun kami telah menunggu selama 20 minit sebelum diletakkan pada meja yang kosong (pelanggan yang telah siap menikmati hidangan disini).

 

Sementara menanti kekosongan meja, kami melihat dahulu menu-menu yang disediakan disini, yang terdiri daripada lebih daripada 30 jenis menu makanan dan minuman secara keseluruhannya dan membuat pesanan sebelum ditempatkan di meja yang kosong.

Lokasi K Fry Urban Korean Restaurant ini terletak berhampiran dengan Farmasi Guardian di tingkat GF, memang agak jauh daripada jalan yang dikerumuni oleh orang ramai.

Sementara menunggu, kami saya berkesempatan untuk mengambil beberapa keping gambar kawasan luar Restoran K Fry Urban Korean ini, sebagai kenang-kenangan dan juga aktiviti untuk menghabiskan masa menunggu.

 
Bergambar dengan Penguin Icescape~

 
Bergambar dengan tangan gergasi District 21~


~ K Fry Urban Korean IOI City Mall Review - It's Dinner Time ~

 

Suasana kawasan perkarangan restoran K Fry Urban Korean yang terletak di IOI City Mall Putrajaya ini dipenuhi dengan pelbagai jenis lagu K-POP yang terkini dan juga rancak, terasa suasana berada di Korea (walaupun di Korea, lagu-lagu mereka tidaklah begitu kuat didengari).

Setelah menunggu hampir 20 minit, maka hidangan yang telah kami pesan akhirnya telah tiba.


~ K Fry Urban Korean IOI City Mall Review - Cheesy Bumbuk Honey Mustard ~

 

Hidangan ini lah hidangan yang telah dipilih oleh Najwa untuk sesi kami kali ini, yang terdiri daripada beberapa ketul Ayam Goreng (kiri), Kentang Goreng (tengah), dan yang terletak di sebelah kanan adalah pelbagai aneka Cheese yang telah dihiris halus.

Namun, hidangan ini masih belum siap lagi, dimana sesi penyediaan bagi Cheesy Bumbuk Honey Mustard yang sebenar akan disediakan oleh pekerja restoran ini sendiri, digambarkan di gambar dibawah.

 
Mula-mula, pekerja restoran akan mengasingkan Ayam Goreng dan Kentang Goreng~

 
Kemudian pekerja akan mencairkan cheese yang telah disertakan bersama-sama dengan hidangan ini~

 
Kemudian, apabila cheese sudah cair, maka ketulan ayam goreng tersebut di balut dengan cheese tersebut~

 
Akhirnya, beginilah rupa Cheese Bumbuk Honey Mustard yang telah siap dan bersedia untuk dimakan~


 

Hidangan Cheese Bumbuk Honey Mustard ini memang nampak sedap, namun disebabkan kuantiti cheese nya yang banyak, maka hidangan ini boleh menjadi muak dengan cepat. Ketulan ayam goreng yang dihidangkan ada lebih kurang 11 ketul, amat sesuai untuk dikongsi beramai-ramai.

Harga untuk hidangan Cheesy Bumbuk Honey Mustard ini adalah RM 48.90 satu hidangan (tidak termasuk cukai servis dan cas servis).


~ K Fry Urban Korean IOI City Mall Review - Matcha Green Tea Bingsoo ~

 

Hidangan Matcha Green Tea Bingsoo yang disediakan di K Fry Urban Korean ini memang sangat power. Kenapa ianya power?

Ini adalah kerana kepekatan serbuk Matcha Green Tea yang ditaburkan di luar, berserta dengan kehadiran ice cream green tea dan juga Kit Kat Green Tea. Segala-galanya adalah teh hijau bagi hidangan ini, cuma kehadiran marshmallow sahaja yang bukan berperisa teh hijau. 

Harga untuk hidangan Matcha Green Tea Bingsoo ini pula adalah berharga RM 23.90 untuk satu hidangan.


~ K Fry Urban Korean IOI city Mall Review - K Fry Garlic Soya Wings ~

 

Sewaktu kami habis menikmati hidangan yang dipesan diatas, secara tiba-tiba seorang pekerja yang bekerja disini telah memberikan kami hidangan Kepak Ayam ini, katanya adalah Complementary daripada pihak restoran.

 

Oleh disebabkan ianya percuma, maka kami pun sambung menikmati hidangan ini, dimana setiap kepak ayam yang disediakan melalui masakan ini adalah manis dan juga ranggup (disebabkan kehadiran kicap manis yang dituang diatasnya).

Hidangan ini memang boleh menjadi kegilaan kebanyakkan peminat setia Ayam Goreng kerana rasanya yang agak luar biasa. Sekiranya ianya bukan percuma, harga untuk hidangan ini adalah RM 18.90 bagi satu hidangan.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini berkenaan dengan Restoran K Fry Urban Korean yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment