Monday, 3 December 2018

Restoran Kapitan Butterworth Review

Di Penang memang terkenal dengan senarai kedai mamak yang menyediakan makanan yang berunsurkan nasi yang dituang kuah sehingga banjir, dinamakan Nasi Kandar.

 

Nasi Kandar ini biasanya dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk seperti Ayam Goreng, Ayam Masak Madu, Kari Kambing, dan beberapa lagi makanan berunsurkan rempah.

Pada kali ini, kami menjelajah ke satu lagi Restoran Nasi Kandar yang merupakan salah satu daripada sepuluh Restoran Nasi Kandar yang terkenal di Pulau Pinang; iaitu Restoran Kapitan yang terletak di Butterworth.


~ Restoran Kapitan Butterworth Review - The Menu ~

 

Sebenarnya, kebanyakan menu yang dihidangkan setiap restoran mamak adalah hampir sama diantara satu sama yang lain. Namun, apa yang membezakan setiap satu hidangan tersebut adalah jenis rempah yang digunakan bagi setiap masakan.

Ada hidangan yang rasa masakannya agak lembut, dan ada juga hidangan yang rasa masakannya yang terasa sangat berempah sehingga ada yang tidak boleh memakannya.

Diantara hidangan berempah yang disediakan di Restoran Kapitan Butterworth ini adalah seperti dibawah.

 
 
Koleksi hidangan yang disediakan di Restoran Kapitan~


~ Restoran Kapitan Butterworth Review - The Nasi Kandar ~

 

Inilah hidangan yang menjadi daya tarikan saya ketika berada di mana-mana restoran mamak, iaitu Nasi bersama kuah banjir (kuah dari setiap masakan yang ada di sini atau lebih mudah dikenali sebagai kuah campur), Ayam Madu dan juga sayuran.

Apabila dirasai hidangan ini, rasanya tidak jauh berbeza dengan nasi kandar yang boleh didapati di kawasan Lembah Klang namun kepekatan kuah yang agak pekat dapat dirasai.

Bagi Ayam Madu pula, tidak terasa kemanisan seperti di rata-rata restoran mamak di Lembah Klang, namun ianya juga berkemungkinan Ayam Madu ini menggunakan Madu Asli, bukannya madu daripada gula.

Berikut adalah harga yang dikenakan ketika kami makan Nasi Kandar di Restoran Kapitan Butterworth ini (harga adalah pada tarikh 06/10/2018);

Nasi Putih (RM 1.30 sepinggan)

Sayuran (RM 1.20 mengikut jenis)

Ayam Madu (RM 4.00 sepotong)

Sotong bersaiz kecil (RM 7.50 seekor)

Teh Tarik (RM 1.20 secawan)

Teh O Ais (RM 1.30 secawan)

Air Suam (RM 0.20 secawan)

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment