Friday, 30 November 2018

Mr Crab Maggi Ketam Kota Bharu Review

Kota Bharu memang terkenal dengan makanan eksotiknya yang tersendiri, daripada kuih muih sehinggalah ke makanan yang berat seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu dan lain-lain lagi.

 

Ketika saya berada di Kota Bharu baru-baru ini, saya berpeluang untuk menerokai lagi kedai-kedai makanan yang menyediakan makanan yang eksotik di sini, seperti Maggi Ketam.

Sebelum ini saya pernah datang dan menikmati Maggi Ketam di Relax Cafe, namun pada kali ini kami ke kedai lain pula, ke Restoran Mr Crab.


~ Mr Crab Maggi Ketam Kota Bharu Review - Its Location ~

 

Restoran Mr Crab ini terletak di Wakaf Bharu di Kota Bharu Kelantan. Ketika di waktu malam kami ke restoran ini, ianya agak sukar untuk dilihat dan dicari kerana apabila berpandukan kepada Waze, lokasinya adalah berbeza.

Oleh itu, apabila berada di sekitar Wakaf Bharu ini, kami membawa kereta dengan perlahan (sehingga di hon oleh pemandu yang lain) untuk mencari restoran ini. Sekiranya kami dari Bandar Kota Bharu, restoran ini terletak di sebelah kanan di jalan utama Wakaf Bharu.


~ Mr Crab Maggi Ketam Kota Bharu Review - The Menu ~

 

Terdapat pelbagai jenis hidangan yang disediakan disini, bukan sahaja tertakluk kepada hidangan Maggi Ketam sahaja namun terdapat juga hidangan panas serta Shell Out turut disediakan.

Terdapat 4 jenis perasa yang ditawarkan untuk hidangan Shell Out; Black Paper, Masam Manis, Masak Merah dan 3 Rasa. Harga hidangan Shell Out yang disediakan adalah seperti dibawah;


Set A (1-2 orang)
Ketam 200g, Lala 200g, Udang 100g, 
Sotong 100g, Nasi putih 2 pinggan
RM 48.00

Set B (3-4 orang)
Ketam 300g, Lala 400g, Udang 200g,
Sotong 200g, Nasi putih 4 pinggan
RM 68.00

Set C (5-6 orang)
Ketam 400g, Lala 500g, Udang 300g,
Sotong 300g, Nasi putih 6 pinggan
RM 88.00

Set D (7-8 orang)
Ketam 500g, Lala 600g, Udang 400g,
Sotong 400g, Nasi putih 8 pinggan
RM 108.00

Set E (9-10 orang)
Ketam 600g, Lala 700g, Udang 500g,
Sotong 500g, Nasi putih 10 pinggan
RM 128.00


~ Mr Crab Maggi Ketam Kota Bharu Review - The Maggi Ketam ~

 

Alang-alang sudah sampai disini, maka kami mengambil peluang untuk merasai sendiri hidangan Maggi Ketam yang disediakan di Restoran Mr Crab ini. Di atas cabaran yang dikemukakan oleh sahabat saya ini, maka kami mengambil hidangan Maggi Ketam yang paling mahal disini.

 
 
Maggi Ketam Special (RM 35.00 satu hidangan)~

Jeng jeng jeng!
Inilah rupa Maggi Ketam Special yang berharga RM 35.00, hanya boleh didapati di Mr Crab Maggi Ketam. Hidangan ini kaya dengan sayur-sayuran hijau, lala (lebih kurang 50g hingga 100g), beberapa hirisan ayam, 2 ekor ketam kecil (bukan baby crab), dan 2 ekor udang besar.

Semua bahan-bahan diatas boleh dilihat dan didapati di dalam Maggi Ketam Special ini, dimana kandungannya yang sangat banyak menenggelamkan maggi yang terletak di bawah sekali.
Kuahnya pula memang sedap, sangat berbeza dengan Maggi Ketam yang boleh didapati di Relax Cafe.

Secara kesimpulan, hidangan Maggi Ketam Special di Mr Crab Maggi Ketam ini sangat berbaloi.

 

Bagi memudahkan proses membuka tangan dan kaki ketam, maka pekakas inilah yang amat penting, diperlukan untuk mengetuk dan menghancurkan kulit ketam yang keras.

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

1 comment:

  1. Dah ke sini .. very disappointed.utk maggi crab tu tak sure kalau sedap.nak review menu lain..sy order

    TOMYAM CAMPUR + SUP SAYUR + TELUR DADAR

    TOMYAM sos kot �� pekat semacam ..
    SUP SAYUR masin. Sayuran mcm x fresh (lobak tu dah nmpk hitam dah)
    TELUR DADAR boleh diterima

    Ok part nak payment pula..nak payment guna QR pay @Mae maybank..boleh pula staff tu kata TAK TAHU. tnya bos mana (takda?) Wei geram..kalau tak tahu QR pay tu, tak payah la letak@pampang atas kaunter tu (WE PREFER MAE) tp x tahu benda tu (positifkn diri mgkin pkerja baru kot) ..sy x tanya sorang je..tnya kat staff lain pun jawab sama ��������

    ReplyDelete