Friday, 23 November 2018

Food Baazar at Masjid Besi Putrajaya Review

Sementara menunggu waktu azan bagi menunaikan Solat Jumaat berkumandang, saya berkesempatan untuk menunaikan kewajiban sebagai seorang manusia untuk mengisi perut terlebih dahulu.

 

Lokasi untuk makan tengah hari pada kali ini adalah sebuah Baazar Makanan yang terletak di pintu masuk (bawah) Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tidak silap saya, lokasi ini merupakan lokasi yang baharu bagi para peniaga makanan dan minuman beroperasi pada setiap hari Jumaat (sebelum dan selepas Solat Jumaat), dan juga para mukminin mengisi perut sebelum masuk menunaikan solat.


~ Food Baazar at Masjid Besi Putrajaya Review - Food Stalls ~

 

Sewaktu kehadiran saya di lokasi ini, terdapat kurang daripada 10 kedai yang menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan kebarangkalian jumlah ini akan bertambah pada masa akan datang.

Diantara hidangan makanan dan minuman yang disediakan disini adalah seperti berikut.

 
Warung yang menjual Nasi Biryani~

 
Nasi Ayam Berlada~

 
Kiosk minuman dan juga rojak~

 
Soft shell crab juga ada disini~


~ Food Baazar at Masjid Besu Putrajaya Review - Our Selections ~

 
Rojak Mee (RM 5.00 satu hidangan)~

Menu pilihan saya pada kali ini adalah Rojak Mee yang berharga RM 5.00 satu hidangan. Kuantitinya yang memuaskan serta rasa kuah rojaknya yang tidak terlalu pedas mencukupi citarasa saya, tambahan pula dengan pelbagai jenis keropok yang dimasukkan ke dalam hidangan ini.


 
Nasi Biryani Ayam (RM 10.00 satu hidangan)~

Nasi Biryani Ayam yang merupakan menu pilihan sahabat saya, dimana pada awalnya beliau inginkan Nasi Biryani Kambing namun menu tersebut sudah habis akibat menjadi rebutan para pengunjung di sini.


 
 
Air Minuman (RM 3.00 untuk saiz kecil, RM 5.00 untuk saiz besar)~

Hidangan tidak akan sempurna jika tiada minuman yang harus diminum sebelum mula memakan makanan yang berat. Merujuk kepada air diatas, untuk gambar yang pertama adalah air yang diberi nama Teh Rangge Ais dan dibawahnya adalah Teh O Ais Laici Pudina.

Rasa kedua-dua jenis air ini memang manis, mampu membuatkan pelanggan yang selalu minum air ini terkena kencing manis. Oleh itu, kena pastikan ais larut betul-betul sebelum minum. Kalau mahu minum juga, pastikan minum air suam banyak-banyak selepas itu.

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment