Setelah kami tiba di Changsha International Airport, kami sempat berjalan-jalan di sekitar Lapangan Terbang ini dari Stesen Kereta Api Maglev Express, dimana perjalanan kami dari stesen ini ke kaunter pendaftaran penerbangan mengambil masa kira-kira 10 minit berjalan (lebih kurang 1KM jauh).
Sempat juga kami melihat keadaan sekeliling kawasan Changsha International Airport ini, dimana pada waktu ketibaan kami di sini sudah lewat malam dan tidak banyak dapat kami lihat.
Kali ini, perjalanan kami bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhao.
Kami tiba di sini agak awal, kira-kira empat (4) jam lebih awal daripada waktu pelepasan penerbangan kami yang seterusnya, maka kami mengambil kesempatan ini untuk berpusing-pusing di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha.
Melihat kepada pelan bangunan, Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha ini dibahagi kepada 2 Terminal; Terminal 1 dan Terminal 2. Berbeza diantara terminal ini adalah seperti dibawah.
Terminal 1 adalah dikhususkan kepada Air China, Shenzehen Airlines, Shandong Airlines, Kunming Airlines, Tibet Airlines, Chengdu Airlines, OK Air dan Joy Air.
Terminal 2 pula dikhususkan kepada China Southern Airlines, Xiamen Air, Donghai Airlines, Hebei Airlines, Spring Airlines, China Express Airlines, Sichuan Airlines, Qingdao Airlines, Ruili Airlines, Loong Airlines, Colorful Guizhou Airlines, China Eastern Airlines, Juneyao Air, United Airlines, Shanghai Airlines, West Air, Lucky Air, 9 Air, Hainan Airlines, Air Changan, Capital Airlines, GX Airlines, Fuzhou Airlines, dan Urumqi Air.
Disambil-sambil kami berjalan-jalan disini sementara pintu pelepasan dibuka, kami sempat untuk mengambil beberapa gambar Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha ini.
Berjalan-jalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha~
Melihat sebuah robot yang dibawa oleh para pekerja~
Cubaan untuk mencetak tiket penerbangan~
~ To Guangzhao International Airport - Entering the Departure Gate ~
Di Changsha International Airport ini, lebih-lebih lagi bagi penerbangan domestik, terdapat lebih kurang 50 pintu pelepasan yang terdapat disini. Memang sungguh banyak, tetapi jika merujuk kepada ketumpatan penduduk, memang bilangan pintu pelepasan ini sudah cukup memadai.
Setelah selesai melalui pemeriksaan imegresen, maka kami meneruskan perjalanan ke pintu pelepasan penerbangan kami ke Guangzhao pula (pintu bernombor 42, jauh ke dalam dan mengambil masa kira-kira 4 minit berjalan kaki dari pintu pemeriksaan imegresen sebelum tiba di lokasi).
Di hadapan setiap pintu memang banyak tempat duduk yang kami boleh duduki, namun kami memilih sebuah lokasi tempat duduk yang lebih unik berbanding dengan tempat duduk yang lain.
Tempat duduk yang kami duduki ini mempunyai tempat mengecas telefon bimbit di dalam bentuk USB dan juga plug seperti di dalam gambar diatas. Memang sangat berguna dan dapat mengembalikan kehidupan kepada kami yang bergantung harap pada telefon dan internet disini.
Inilah waktu penerbangan kami dari Changsha ke Guangzhao, dimana waktu boarding ke dalam kapal terbang adalah pada jam 7:20 petang, waktu penerbangan pada jam 8:00 petang dan dijangka tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhao sejam kemudiannya.
~ To Guangzhao International Airport - China Southern Airlines ~
Penerbangan dari Changsha International Airport ke Guangzhao International Airport yang kami naiki kali ini dikendalikan oleh China Southern Airlines. Agak berbeza sedikit dengan Air Asia, kapal terbang China Southern Airlines ini lebih luas sedikit dari segi keluasan kaki.
Disepanjang perjalanan kami yang mengambil masa satu jam di dalam kapal terbang China Southern Airlines ini, buku yang bertajuk "nihao" inilah yang menjadi peneman saya dimana kandungan di dalam buku ini mengamdungi dwi-bahasa; English dan Chinese.
Lebih menarik tentang edisi buku kali ini, terdapat juga beberapa informasi yang bermanfaat, ditambahkan pula dengan satu ruangan yang menceritakan tentang lokasi-lokasi pusat peranginan di Malaysia! Patutlah ramai pelancong China yang datang ke Malaysia dan melancong!
Di dalam penerbangan ini, setiap penumpang akan dihidangkan dengan Tisu Basah, Air Mineral dan juga Biskut Sesame (diberikan secara percuma) yang rasanya agak sedap juga, cukup untuk mengisi perut saya yang kelaparan ini.
~ To Guangzhao International Airport - Arrival at Guangzhao International Airport ~
Di dalam penerbangan ini, setiap penumpang akan dihidangkan dengan Tisu Basah, Air Mineral dan juga Biskut Sesame (diberikan secara percuma) yang rasanya agak sedap juga, cukup untuk mengisi perut saya yang kelaparan ini.
~ To Guangzhao International Airport - Arrival at Guangzhao International Airport ~
Kami telah berjaya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhao setelah sejam berada di atas ruangan udara negara China, dan tanpa membuang masa terus mencari kawasan yang menyediakan perkhidmatan Teksi untuk menuju ke lokasi penginapan kami di sini selama satu malam.
Maklumlah, kali ini kami transit agak lama kerana kami yang tiba lebih kurang pada jam 9:00 malam ini terpaksa menunggu untuk penerbangan seterusnya pada jam 8:00 pagi keesokkan harinya.
Untuk ke lokasi menanti teksi di Lapangan Terbang Guangzhao, kami hanya perlu keluar sahaja daripada pintu lapangan terbang dan kami terus mendapati pintu masuk menunggu teksi.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment