Dari La Nova Mall, kami memanjangkan kaki ke WuYi Business District pula, dimana menurut daripada sumber internet kawasan ini hanyalah satu-satunya kawasan yang ditujui oleh para pelancong ketika berada di Changsha (sebab tidak ada tempat menarik lain di sekitar ini).
Jarak diantara La Nova Mall ke WuYi Business District ini tidak jauh, kira-kira 2 kilometer perjalanan sahaja. Meskipun jauh, dengan berjalan kaki, ia mengambil masa kira-kira 12 - 13 minit untuk tiba ke lokasi ini.
Dengan membawa bagasi, kami menerokai kawasan persekitaran Changsha disepanjang perjalanan kami ke WuYi Business District ini.
~ WuYi Business District, Changsha - The Changsha City ~
~ WuYi Business District, Changsha - The Changsha City ~
Berjalan kaki menghala ke WuYi Business District dari La Nova Mall tidaklah memenatkan kerana mengikut selok-belok dan lorong tetikus yang dibawa oleh Google Map yang memendekkan lebih kurang 50 meter dari jarak asal.
Disepanjang perjalanan kami ini, terdapat pelbagai jenis karenah dan gelagat penduduk setempat yang telah kami lihat. Apa yang mengagumkan lagi, kawasan di sekitar Changsha ini meskipun mempunyai bangunan yang tinggi-tinggi, masih lagi terdapat bangunan-bangunan kediaman yang lama.
Agak berjerebu di bandar, tetapi tidak terlalu teruk~
Balai Bomba Changsha. Tidak perasan akan kewujudannya kerana terletak dibawah bangunan komersial~
Beberapa bangunan di sekitar Changsha~
Lorong tetikus yang kami lalui untuk ke WuYi Business District~
~ WuYi Business District, Changsha - The Shopping Area ~
Siapa kata barangan di Changsha sangat murah?
Rata-rata barangan yang dijual di WuYi Business District ini tidak semurah seperti apa yang anda sangkakan, namun ada barangan yang lebih mahal jika berbanding dengan barang-barang di Malaysia. Adakah ini bermaksud barangan China yang dijual di Malaysia mempunyai kualiti yang rendah?
Berikut adalah beberapa gambar yang diambil disepanjang kami berada di WuYi Business District ini.
Secara kebetulan, di WuYi Business District ini mempunyai satu aktiviti yang diberi nama Changsha Food Festival. Setiap kedai-kedai dan kiosk yang berada disini menyediakan hidangan makanan tempatan.
Oleh disebabkan kami tidak memahami tulisan yang ditulis, serta keraguan dari segi makanan yang dihidangkan samada Halal ataupun tidak, kami hanya mampu melihat sahaja.
Setelah selesai mencuci mata di WuYi Business District, berhampiran dengan lokasi Changsha Food Festival ini kelihatan sebuah restoran yang tidak asing di Malaysia; Mc Donalds.
Disebabkan tekak terasa daharga, maka kami sebulat suara memutuskan untuk singgah sebentar untuk menghilangkan keletihan berjalan kaki tanpa berehat dari La Nova Mall.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
Struktur bangunan yang unik dengan ukiran kayu pada pintu dan tingkap~
Demi meneruskan kehidupan, seorang makcik tua menjual buah-buahan kepada pelawat kawasan ini~
Jarang kelihatan staff kedai emas menari di hadapan kedai, sebagai salah satu daya tarikan disini~
Dan juga boleh didapati beberapa pengemis meminta sedekah dari pejalan kaki di sini~
Secara kebetulan, di WuYi Business District ini mempunyai satu aktiviti yang diberi nama Changsha Food Festival. Setiap kedai-kedai dan kiosk yang berada disini menyediakan hidangan makanan tempatan.
Oleh disebabkan kami tidak memahami tulisan yang ditulis, serta keraguan dari segi makanan yang dihidangkan samada Halal ataupun tidak, kami hanya mampu melihat sahaja.
**********
Setelah selesai mencuci mata di WuYi Business District, berhampiran dengan lokasi Changsha Food Festival ini kelihatan sebuah restoran yang tidak asing di Malaysia; Mc Donalds.
Disebabkan tekak terasa daharga, maka kami sebulat suara memutuskan untuk singgah sebentar untuk menghilangkan keletihan berjalan kaki tanpa berehat dari La Nova Mall.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment