Wednesday, 31 October 2018

Changsha Business Trip (Part 4) - Ajisen Ramen La Nova Mall, Changsha

Berjalan-jalan di Bandar Changsha pada hari ke-tiga (ke-3) kami berada disini, selepas mendaftar keluar daripada Huatian Changsha Hotel memang merupakan satu pengalaman yang berharga bagi kami, lebih-lebih lagi menerokai lokasi yang baharu.

 

Lokasi pertama yang kami singgah adalah di pusat membeli-belah yang diberi nama La Nova Mall, antara salah satu pusat membeli-belah di Bandar Changsha ini.

Di sini, kami mensasarkan untuk menikmati juadah tengah hari, dan setelah hampir 30 minit memusingi pusat membeli-belah ini untuk mencari makanan yang bersesuaian, maka kami telah bersetuju untuk mengalas perut di Ajisen Ramen, sebuah restoran makanan Jepun.


~ Ajisen Ramen La Nova Mall, Changsha - Japanese Cuisine ~

 

Hanya di Ajisen Ramen Restoran inilah yang kami dapat memahami isi kandungan hidangan yang disediakan (kerana ianya mempunyai dwi-bahasa : English dan Chinese). 

Kebanyakan pertuturan yang kami lakukan ketika di Ajisen Ramen ini hanyalah dengan menggunakan isyarat tangan sahaja, kerana kekangan dari segi perbualan (tiada staff yang boleh bertutur dalam bahasa English).

Terdapat juga beberapa hidangan yang tidak Halal turut dihidangkan disini, maka kami harus berwaspada tentang hidangan yang dipilih. Berikut adalah beberapa hidangan yang telah menjadi pilihan kami di Ajisen Ramen.


 
Japanese Style Grilled Eel~
39 Yuan (RM 23.40) untuk satu hidangan

Rasa Japanese Style Grilled Eel ini agak manis, dan mungkin terlalu manis bagi saya namun ianya memang sedap apabila dimakan. Daging belutnya yang lembut, ditaburi biji bijan, dan juga kicap manis yang digunakan adalah rahsia keenakkan makanan ini. Namun, bahagiannya memang sedikit, tetapi cukup untuk menjadi alas perut.


 
Japanese Rice~
9 Yuan (RM 5.40) untuk satu hidangan


 
Japanese Tasty Wakame~
13 Yuan (RM 7.80) untuk satu hidangan

Hidangan ini dihidangkan dalam keadaan yang agak sejuk, terdiri daripada bahan seperti Soo Hun, Cili, Biji Bijan dan cecair yang kelihatan seperti minyak. Inilah salah satu hidangan sayuran yang telah kami pesan, namun kuantitinya sedikit sahaja.


 
Kimchi~
7 Yuan (RM 4.20) untuk satu hidangan

Kimchi ini adalah sayur yang kedua kami pesan di restoran Ajisen Ramen, secara keseluruhannya terdiri daripada sayur kubis. Dengan sos kimchi dan dihidangkan dalam keadaan yang sejuk, hidangan ini juga dihidangkan dalam kuantiti yang sedikit namun cukup untuk mengisi perut kami.


**********

Di sini, setelah anda membuat pesanan menu yang telah anda pilih, anda harus membayarnya pada pemesan tersebut sebelum mereka menghantar pesanan ke meja anda, berbeza dengan cara pembayaran di Malaysia.

Kemungkinan mereka melakukan cara ini disebabkan ramai pengunjung yang hadir tidak membayar makanan yang mereka makan, menjadikan ianya satu SOP yang telah menjadi kebiasaan di sini.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment