Friday, 12 October 2018

Tappers Cafe Shaftbury, Cyberjaya Review

Setiap yang datang harus akan pergi juga pada suatu hari, dimana untuk majlis perpisahan kecil-kecilan pada kali ini, Tappers Cafe yang terletak di Shaftbury Cyberjaya telah menjadi pilihan kami pada kali ini.

 

Kafe Tappers yang terletak bersebelahan dengan kedai mamak Shahnaz Maju ini memberikan satu aura yang berlainan dengan kedai-kedai yang lain, dengan warnanya yang serba putih menyebabkan ianya kelihatan elegan.

Di sini, majlis perpisahan kecil kami telah selamat dilaksanakan.


~ Tappers Cafe Shaftbury Cyberjaya Review - The Foodies ~

 

Di Tappers Cafe yang terletak di Shaftbury Cyberjaya ini menyediakan hidangan-hidangan ala-ala Western dan juga pelbagai variasi makanan tempatan yang telah diubahsuai menjadi hidangan yang unik disini.

Berikut adalah beberapa hidangan yang telah kami pesan di sini.


 
Lasagna Beef
RM 18.40 satu hidangan (tidak termasuk service charge)

Dihidangkan dengan daging cincang bersama-sama dengan sos istimewa; bechamel sauce dan cheese yang telah cair.


 
Signature Dish : Baked Soya Chicken Rice
RM 12.64 satu hidangan (tidak termasuk service charge)

Bahagian peha ayam yang dibakar dengan sos soya, dihidangkan dengan sayur, telur rebus dan nasi putih.


 
Chicken Parmigiana
RM 16.13 satu hidangan (tidak termasuk service charge)

Ayam yang digoreng, dihidangkan dengan cheese yang telah cair bersama-sama dengan coleslaw dan jejari kentang goreng.


 
Hainan Chicken Chop
RM 15.85 satu hidangan (tidak termasuk service charge)

Ayam yang digoreng, disalut dengan telur cincang disertakan dengan sos manis dan kacang peas bersama-sama sayur-sayuran.


 
Chicken Schnitzel
RM 16.42 satu hidangan (tidak termasuk service charge)

Hidangan Chicken Schnitzel ini seakan-akan serupa dan sama dengan hidangan Chicken Chop yang lain, namun yang membezakannya adalah tepung yang digunakan. Disertakan bersama sos pencecah, jejari kentang goreng dan coleslaw.


 
Caesar Salad (RM 12.64 untuk satu hidangan) bersama-sama dengan Chicken Schnitzel (RM 6.51)
(harga tidak termasuk service charge)

Kepada salah seorang sahabat saya yang sangat-sangat menjaga pemakanan yang seimbang (dengan tidak memakan nasi), maka hidangan ini menjadi pilihan beliau; Caesar Salad dan juga Chicken Schnitzel.


**********

Secara keseluruhannya, hidangan menu yang disediakan dan dihidangkan di Tappers Cafe yang terletak di Shaftbury ini agak sedap. Walaupun kuantitinya yang kecil, namun ianya mencukupi jika dimakan secara berjemaah.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi pada post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment