Friday 19 October 2018

myBurgerLab Cyberjaya Review

Terdapat pelbagai variasi makanan-makanan segera di Malaysia, termasuk makanan yang pelik-pelik yang secara tidak langsung menjadi sebuah makanan signature dan unik bagi sesebuah kedai tersebut.

 

Di Cyberjaya, terdapat sebuah kedai makanan segera yang menyediakan hidangan yang unik, lebih unik daripada kedai Burger Factory, yang diberi nama myBurgerLab. 

Kedai ini terletak dibelakang Prima Avenue Sport and Recreation Centre Cyberjaya (gelanggang futsal berhampiran CIMB Bank), bertemakan kontena.



~ myBurgerLab Cyberjaya Review - The Menu Selections ~

 

Di sini menyediakan lebih daripada 20 variasi burger dan juga makanan barat yang lain, dengan nama-nama makanan yang agak menarik seperti Jammin with Elvis, The Bomb, The Ultraman, dan lain-lain lagi.

Hidangan yang disediakan di myBurgerLab ini dibahagikan kepada beberapa bahagian; snek ringan, hidangan utama (terdiri daripada daging lembu, daging ayam dan sayuran), pencuci mulut dan hidangan tambahan (termasuk minuman).

Dengan nama yang pelik-pelik, menyebabkan saya tertanya-tanya bagaimanakah bentuk rupa hidangan yang disediakan, maka saya memesan dahulu hidangan yang berjaya menangkap perhatian saya.


~ myBurgerLab Cyberjaya Review - Beautiful Mess ~

 

Nama seakan sama dengan nama hidangan di April 24 yang terletak di Bandar Baru Bangi, namun apa yang dihidangkan di myBurgerLab ini ternyata jauh sekali berbeza dari segi isi kandungan burger.

 

Selain daripada hidangan sampingan berbentuk jejari kentang goreng, kandungan di dalam burger ini sendiri terdiri daripada Nachos, Daging Burger Lembu Cheddar yang lembut, Telur Omega 3, Honey Mustard bersama-sama dengan Portabella Mushroom Strips goreng.

Harga untuk satu hidangan The Beautiful Mess di myBurgerLab ini hanya RM 19.50 sahaja (tidak termasuk air, kerana harga air adalah dikecualikan).


**********

Banyak lagi hidangan-hidangan burger yang menarik dihidangkan disini, hanya menunggu masa untuk saya terokai dan rasai satu per satu.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

1 comment:

  1. Hari tu I try their Ultraman Burger. Not bad la taste dia. Tapi belum sempat nk repeat balik Burger Lab ni.

    ReplyDelete