Setelah selesai menjalankan tugas di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur (di Jalan Gurney), maka kami telah sebulat suara untuk memanjangkan kaki untuk menikmati hidangan makanan tengah hari yang berlaukkan Ikan Bakar.
Berhampiran dengan Jalan Gurney, Kuala Lumpur ini mempunyai sebuah kedai makan yang pernah suatu ketika dahulu menjadi viral disebabkan dengan harganya yang murah dan sedap.
Lokasinya? Pasar Keramat Kuala Lumpur.
Nampak banyak bukan, ikan-ikan bakar yang telah kami pilih di sini? Namun anda pasti akan terkejut dengan harganya; dengan 3 jenis ikan, 5 pinggan nasi (satu nasi tambah untuk saya semestinya), ulaman dan juga air-air manis yang membawa kos keseluruhan sebanyak RM 50.00 sahaja.
Mungkin anda terasa mahal, tetapi cuba anda bayangkan bahawa satu potongan ikan pari yang disediakan disini boleh dimakan seramai 4 orang kerana bersaiz besar.
Berikut adalah senarai ikan bakar yang telah menjadi pilihan kami, dipilih oleh makcik bawang kami berdasarkan pengalaman mereka makan disini suatu ketika dahulu.
Potongan Ikan Pari yang agak besar~
Ikan Kembung yang juga bersaiz besar~
Beberapa jenis hidangan lain yang disediakan disini, termasuk ulaman~
**********
Memang berbaloi-baloi bagi kami yang memakan Ikan Bakar disini, bukan sahaja harganya yang berbaloi dan murah malahan rasa isi ikannya yang kemanisan juga turut dirasai. Rasa rempah yang digunakan juga tidak terlalu pekat, sehingga menghilangkan rasa manis ikan tersebut.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~
No comments:
Post a Comment