Monday, 8 October 2018

Manukan Island Kota Kinabalu Review

Bermula daripada Jesselton Point Waterfront, maka kami telah meneruskan perjalanan kami menuju ke salah sebuah pulau yang agak terkenal di Kota Kinabalu, iaitu Pulau Manukan.

 

Perjalanan dari Jesselton Point Waterfront ke Pulau Manukan ini mengambil masa kira-kira 5 minit hingga 10 minit di atas bot. Namun, terdapat juga beberapa perkara yang anda perlu tahu selain daripada harga bayaran bot yang perlu anda bayar.

Saya terangkan dengan lebih terperinci di bawah.


~ Manukan Island Kota Kinabalu Review - Additional Cost ~

 

Di Kota Kinabalu, untuk melawat ke kawasan pulau-pulau idaman anda seperti Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik mahupun Pulau Gaya, anda harus membayar Park Conservation Fee dan juga Terminal Fee.

Berikut adalah bayaran yang dikenakan kepada para pelancong yang melawat kawasan-kawasan ini.


Park Conservation Fee

Warganegara (RM 3.00 untuk Dewasa, RM 1.00 untuk Kanak-kanak)

Bukan Warganegara (RM 10.00 untuk dewasa, RM 6.00 untuk Kanak-kanak)


Terminal Fee

Dewasa : RM 7.63

Kanak-kanak dan Pelajar (dengan kad pelajar) : RM 3.82



~ Manukan Island Kota Kinabalu Review - Going to Manukan Island ~

 

Agak berdebar rasanya ingin menaiki bot laju yang akan membawa kami sekeluarga ke Pulau Manukan, dan oleh disebabkan menanti dengan agak lama (menunggu bot sehingga 15 minit) membuatkan hati kembali tenang.


 

Sewaktu menanti di perkarangan Jeti Jesselton Point ini, sekiranya anda membawa anak-anak kecil maka anda harus mengawasi pergerakan dan tingkahlaku mereka kerana mereka sangat teruja melihat air seperti Izzat.




Perjalanan kami ke Pulau Manukan dari Jesselton Point Jetty ini yang mengambil masa kira-kira 10 ninit ini berjalan dengan sempurnanya, dan kami tiba ke Pulau Manukan dengan selamat.


~ Manukan Island Kota Kinabalu Review - Manukan Island ~


 

Dan akhirnya kami telah berjaya sampai ke Pulau Manukan, yang merupakan salah satu pulau yang terletak di Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Tanpa membuang masa lagi, kami pun terus mencari lokasi yang sesuai untuk bersenang-senang di tepian pantai.


Di sepanjang perjalanan kami mencari-cari lokasi untuk bersenang-senang, kami sempat berhenti seketika untuk mengkaji dan mentelaah kawasan Pulau Manukan ini.



 
Si Isteri menunjukkan lokasi kami~

 
Perhatian kepada para pelancong~~

 
Siap ada Lodges lagi di sini~

 
Keseluruhan pulau-pulau yang ada di Taman Tunku Abdul Rahman, termasuk aktiviti yang boleh dilaksanakan~

 
 
Tempat untuk membeli makanan dan minuman di Pulau Manukan~

 
Dan akhirnya tapak untuk bersenang-senang telah diketemukan~

Setelah lokasi untuk bersenang-senang dijumpai dan persiapan untuk berehat telah dibuat, maka sudah tiba masanya untuk melakukan aktiviti di pantai Pulau Manukan ini~

 
 
 
 
Berenang-renang di tepian pantai~

 
Melihat pemandangan laut sambil makan cokodok~

 
Mencari lokasi yang banyak ikan untuk diberi makan (bawa roti)~

 
 
 
Dan bergambar di bawah jambatan.. Motif? Nampak macam cantik jee~~



**********

Sekiranya anda mempunyai niat untuk melakukan aktiviti snorkeling disini, dan anda tidak membawa peralatan tersebut, adalah diharuskan untuk menyewa di Jesselton Point kerana harga barangan sewaan disini agak mahal berbanding di Jesselton Point.

Makanan yang disediakan disini juga adalah lebih mahal, maka sangat sesuai untuk anda membawa bekalan dari rumah daripada membeli makanan disini. Namun, segala-galanya bergantung kepada anda dan juga poket anda.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment