Friday, 5 October 2018

Jesselton Point Waterfront Kota Kinabalu Review

Jesselton Point adalah merupakan salah sebuah lokasi yang anda harus tuju sekiranya anda ingin pergi ke pulau-pulau pelancongan yang terletak di Kota Kinabalu seperti Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik, dan Pulau Gaya.

 

Selain daripada merupakan tempat pertemuan para pelancong untuk menaiki bot ke pulau-pulau yang berhampiran, Jesselton Point ini juga merupakan sebuah tempat yang agak sibuk dengan para peniaga berniaga menjual pelbagai jenis produk seperti makanan, minuman, kraftangan, dan sebagainya.

Sebelum kita menerokai pulau yang telah menjadi destinasi kami pada kali ini, saya terokai terlebih dahulu Jesselton Point Waterfront yang patut kita ketahui.


~ Jesselton Point Waterfront Kota Kinabalu Review - The Parking Rate ~

 

Terletak bersebelahan dengan Jesselton Point Waterfront ini adalah sebuah tempat letak kenderaan awam yang agak luas, sesuai untuk para pelancong yang menyewa kenderaan di sini. Kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut.


Kadar Bayaran Tempat Letak Kenderaan

6.00 pagi hingga 5.30 petang (RM 1.00 sejam)

5.30 petang hingga 6.00 pagi (RM 2.00 sekali masuk)

Bermalam (RM 10.00 tambahan kadar normal)

Tiket Hilang (RM 20.00)


Sekiranya anda meletakkan kenderaan anda disini, harus diingatkan bahawa kenderaan dan harta benda yang berada di kawasan ini adalah tanggungjawab pemilik sendiri. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan.


~ Jesselton Point Waterfront Kota Kinabalu - The Waterfront ~

 

Seperti yang telah saya maklumkan pada awal post ini, selain daripada lokasi untuk menaiki boat ke pulau-pulau di sekitar Kota Kinabalu, Jesselton Point Waterfront ini juga menyediakan pelbagai jenis kedai-kedai yang menyediakan pelbagai variasi makanan dan minuman untuk para pelancong.

Kebanyakan para pelancong yang datang dan makan disini adlah terdiri daripada mereka yang sedang menunggu giliran untuk menaiki boat ke destinasi masing-masing.


~ Jesselton Point Waterfront Kota Kinabalu Review - Ticketing Counter ~

 

Terdapat banyak kaunter-kaunter di Jesselton Point Waterfront yang menjual tiket-tiket bot ke 4 buah pulau di sekitar Kota Kinabalu; Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Gaya. Namun, selain daripada kaunter-kaunter ini, terdapat juga kedai-kedai terpencil yang turut menjual tiket bot ke pulau-pulau tersebut.

 

Di atas adalah merupakan salah satu kedai yang menjual tiket bot (bot privasi) yang telah menjadi pilihan kami untuk ke pulau destinasi kami. 

Dibawah adalah senarai harga yang ditawarkan (bayaran bot dan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan) melalui Unik Tours and Travel Sdn Bhd.


Kadar Bayaran Bot

1 buah Pulau
Dewasa (RM 24.40); Kanak-kanak (RM 19.10)

2 buah Pulau
Dewasa (RM 35.00); Kanak-kanak (RM 24.40)

3 buah Pulau
Dewasa (RM 45.60)l Kanak-kanak (RM 29.70)


Senarai Aktiviti-Aktiviti yang Ditawarkan

Banana Rides (RM 50.00 seorang, Min 3 orang)
Durasi : 30 minit

Jet Ski (RM 200.00)
Durasi : 30 minit

Parasailing (RM 106.00 - Solo, RM 190.00 - Tandem)
Durasi : 10 minit

Fly Fish Ride (RM 85.00 seorang, Min 2 orang)
Durasi : 10 minit

Sea Walking (RM 265.00 untuk Dewasa, RM 220.00 untuk Kanak-kanak, Min 2 orang)
Durasi : 10 minit

Scuba Doo (RM 250.00 seorang)

Scuba Diving (RM 280.00 seorang)

BBQ Buffet (RM 70 seorang)


Selain daripada itu, terdapat juga sewaan peralatan lain yang ditawarkan pada kedai ini, seperti dibawah.


Kadar Sewaan Peralatan

Snorkeling Mask (RM 10.00 seorang)

Fins (RM 10.00 seorang)

Life Vest (RM 10.00 seorang)

Beachmat (RM 10.00 seorang)


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan Jesselton Point Waterfront yang terletak di Kota Kinabalu. Seterusnya adalah aktiviti yang kami nanti-nantikan, iaitu menerokai salah sebuah pulau yang terkenal dikalangan para pelancong yang hadir ke KOta Kinabalu ini.

Nantikan perkongsian saya yang seterusnya. Jumpa lagi. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment