Monday 1 October 2018

King's Char Kuey Teow Port Dickson Review

Pernah saya terperasan bahawa terdapat sebuah kedai yang menjual hidangan Char Kuey Teow di persimpangan lampu isyarat berhampiran dengan Petronas Jalan Pantai, namun disebabkan mempunyai urusan lain saya terpaksa meneruskan perjalanan ke destinasi.

 

Pada ketika kami mempunyai masa pada waktu malam, selepas selesai segala urusan kerja di Port Dickson ini, maka kami telah mengambil kesempatan ini dengan menyinggah di Restoran King's Char Kuey Teow.

Menurut kepada penduduk setempat, King's Char Kuey Teow di Port Dickson ini terkenal dikalangan penduduk setempat, para pelajar dan juga para pelancong yang datang ke Port Dickson ini.


~ King's Char Kuey Teow Port Dickson Review - The Menu ~

 

Menarik tentang King's Char Kuey Teow yang terletak di Port Dickson ini, berbeza tentang menu yang dihidangkan disini daripada kedai yang biasa kita makan (kebanyakkan adalah Char Kuey Teow Kerang, Char Kuey Teow Udang), terdapat pelbagai lagi variasi yang telah diperkenalkan.

Diantara variasi Char Kuey Teow yang diperkenalkan di King's Char Kuey Teow Port Dickson, termasuk sekali dengan harganya adalah seperti berikut.


Char Kuey Teow Seafood
RM 7.50 satu hidangan

Char Kuey Toew Daging Kambing
RM 19.90 satu hidangan

Char Kuey Teow Daging Lembu
RM 18.90 satu hidangan

Char Kuey Teow Ayam Panggang
RM 16.90 satu hidangan

Char Kuey Teow Ketam
RM 37.90 satu hidangan

Char Kuey Teow Sotong
Terbahagi kepada 3 jenis saiz 
(Saiz A-RM 29.90; Saiz B-RM 33.90; Saiz C-RM37.90)


Tanpa membuang masa, seterusnya adalah pilihan saya untuk kali ini.


~ King's Char Kuey Teow Port Dickson Review - Char Kuey Teow Seafood ~

 

Kuantiti kuey teow yang dihidangkan pada setiap hidangan di King's Char Kuey Teow ini memang banyak, dan untuk menu Char Kuey Teow Seafood ini pula mempunyai udang dan juga kerang didalamnya.

Rasa kuah Char Kuey Teow yang disediakan disini kelihatan seperti cair, namun apabila dirasa ianya cukup pekat dan cukup lazat.

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment