Friday, 28 September 2018

Mirage Hotel Port Dickson Review

Terdapat pelbagai jenis hotel-hotel bajet yang anda boleh dapati di sekitar bandar Port Dickson, yang juga merupakan sebuah kawasan perlancongan yang terkenal dikalangan penduduk setempat dan juga para pelancong dari dalam dan luar Malaysia.

 

Di Port Dickson ini juga mempunyai lebih daripada 20 jenis hotel bertaraf antarabangsa (4 hingga 5 bintang) namun ada juga hotel-hotel bajet yang memberikan keselesaan yang bersesuaian dengan harganya.

Diantasa hotel-hotel bajet yang berada disini, terdapat sebuah hotel bajet yang agak baharu, telah kami duduki pada beberapa bulan yang lepas; Hotel Mirage.


~ Mirage Hotel Port Dickson Review - The Rental Fees ~

 

Di Hotel Mirage ini terdapat lebih kurang 5 jenis bilik yang ditawarkan kepada pengunjung yang ingin menetap di Port Dickson, terdiri daripada bilik untuk 2 orang sehingga bilik untuk 4 orang.

Dibawah adalah bilik-bilik yang ditawarkan di Hotel Mirage ini.


Superior Room (2 orang)
RM 94.00 (Hari kerja); RM 139.00 (Hujung minggu dan cuti umum)

Delux Twin Room (2 orang)
RM 90.00 (Hari kerja); RM 130.00 (Hujung minggu dan cuti umum)

Family Room (3 orang)
RM 140.00 (Hari kerja); RM 188.00 (Hujung minggu dan cuti umum)

Premier Room (4 orang)
RM 179.00 (Hari kerja); RM 229.00 (Hujung minggu dan cuti umum)

Suite Room (4 orang)
RM 250.00 (Hari kerja); RM 309.00 (Hujung minggu dan cuti umum)


Memang harganya mahal jika anda datang ke hotel secara walk-in, namun bagi kami yang selalu mencari hotel-hotel di laman sesawang dan juga aplikasi seperti Agoda, Traveloka, Trivago adalah lebih murah dengan potongan harga yang memuaskan.


~ Mirage Hotel Port Dickson Review - Superior Room ~

 

Superior Room di Hotel Mirage telah menjadi pilihan kami pada percutian pendek kami di Port Dickson kerana banyak masa kami disini lebih kepada camping di tepi pantai, bukannya duduk di dalam Hotel semata-mata.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil di dalam bilik Hotel Mirage ini.

 
Almari terbuka termasuk sekali kawasan meletakkan kasut~

 
 
Kawasan TV termasuk sekali senarai siaran yang ditawarkan disini~

 
Di dalam bilik air, ianya tidak lembab dan sangat kering, malah tidak berbau~

 
Pemandangan dari bilik hotel yang kami duduk~

**********

Secara kesimpulannya, Hotel Mirage yang terletak di Port Dickson ini amat mudah kerana terletak di tepi jalan besar penghubung diantara Bandar Port Dickson dan juga Teluk Kemang.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment