Meskipun di Kota Kinabalu ini menjadi pusat tumpuan bagi pelancong untuk menikmati makanan berbentuk seafood, namun selain daripada makanan tersebut, penduduk tempatan juga sukakan hidangan yang berbentuk campur-campur dan juga bakar-bakar.
Salah satu kedai yang menyediakan hidangan bakar-bakar adalah di kedai makan Aneka Rasa yang terletak di deretan kedai-kedai di Harbour City, berhadapan dengan Hospital Gleneagles Kota Kinabalu.
Tempat ini juga merupakan salah satu kedai makan yang dicadangkan oleh sahabat saya yang berkahwin dengan penduduk tempatan.
Di Aneka Rasa Harbour City ini menyediakan pelbagai jenis hidangan daripada hidangan goreng-goreng sehinggalah ke hidangan berbentuk grill.
Menarik tentang kedai makan ini adalah hidangan Nasi Putih Kambing Bakar yang dikatakan menjadi pilihan banyak pengunjung dan juga para pelancong untuk merasai kelazatannya.
Nasi Putih Kambing Bakar
RM 13.90 satu hidangan
Ini adalah diantara hidangan yang menjadi pilihan pelanggan yang datang untuk menjamu selera disini, iaitu Nasi Putih Kambing Bakar, dihidangkan bersama-sama dua (2) jenis sos pencicah yang berbeza, sos cili dan sos kicap manis pekat.
Rasa Kambing Bakar di sini memang sedap, hasil daripada perapan daging kambing dengan sos pemerap itu sendiri. Selain daripada rasanya yang kaya, daging yang dibakar ini juga sangat lembut.
Rasa Kambing Bakar di sini memang sedap, hasil daripada perapan daging kambing dengan sos pemerap itu sendiri. Selain daripada rasanya yang kaya, daging yang dibakar ini juga sangat lembut.
**********
Memang banyak kedai-kedai di sekitar Kota Kinabalu ini menyediakan hidangan makan tengah hari yang sedap dan melazatkan. Apa yang tinggal adalah untuk menerokainya satu per satu.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment