Setiba kami sekeluarga di Pekan Kundasang, kami berhenti berehat seketika untuk menikmati makan tengah hari disini. Oleh disebabkan terletak di tanah tinggi, maka suasananya sudah terasa sedikit kesejukan.
Agak sukar untuk mencari makanan tempatan disini, termasuk makanan bergoreng, dan akhirnya kami singgah juga di tempat yang biasa menjadi tempat penyinggahan abang kami setiap kali datang ke Kundasang.
Nama kedai makan ini adalah Restoran dan Kafe Intan, terletak berdekatan dengan bulatan pertama apabila tiba di Pekan Kundasang.
Di Restoran dan Kafe Intan yang terletak di Kundasang ini, hidangan yang ditawarkan adalah berbentuk goreng-goreng seperti hidangan Nasi Goreng Kampung, Mee Goreng, Mee Sup dan lain-lain lagi.
Berikut adalah hidangan yang telah kami pilih untuk mengisi perut kami pada tengah hari ini.
Hidangan Nasi Putih dan Sup Daging~
RM 1.50 (Nasi Putih) dan RM 5.50 (Sup Daging)
Demi memastikan anak-anak dibekalkan tenaga yang mencukupi untuk mengharungi lagi beberapa lokasi di Kundasang, menu ini menjadi pilihan kami.
Jika dibandingkan sup yang disediakan di sini, supnya tidak terlalu pekat dan terasa agak ringan berbanding dengan sup-sup yang lain namun apa yang menarik tentang sup daging ini, dagingnya memang banyak.
Nasi Goreng Kampung~
RM 5.50 satu pinggan
Antara salah satu nasi goreng yang dikatakan menyelerakan di restoran ini, iaitu Nasi Goreng Kampung. Menurut kepada abang kami, ayat "Bolehlah" yang dikeluarkan oleh beliau sudah cukup membuktikan ianya adalah sedap.
**********
Sudah cukup mengisi perut di restoran ini, maka kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya. Boleh dikatakan perhentian kami pada kali ini hanya sekadar mengisi perut yang kekosongan, bukannya untuk menjamu selera dan makanan yang sedap-sedap.
Mommy yang cuba meniru gaya Izzat~
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment