Friday, 14 September 2018

Terokai Kundasang Part 1 - Pekan Nabalu, Kundasang

Pada musim cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga telah berkesempatan untuk memanjangkan kaki ke Negeri di Bawah Bayu, Sabah selama empat (4) hari dan tiga (3) malam untuk menerokai kawasan-kawasan pelancongan, terutama di sekitar Kundasang dan Ranau.

 

Di dalam perjalanan kami ke Pekan Kundasang, kami berhenti seketika di Pekan Nabalu untuk berehat seketika setelah hampir sejam berada di atas jalan raya.

Berdasarkan kepada kebesaran pekan ini, ianya tidaklah sebesar yang kita sangkakan, namun untuk ke Kundasang, anda mesti melalui kawasan ini dan apabila anda melalui pekan ini, anda harus berhenti di Pasar Buah mereka.


~ Pekan Nabalu, Kundasang - The Fruit Market ~

 

Menurut kepada abang ipar yang membawa kami berjalan-jalan sewaktu percutian kami ini, yang juga merupakan orang sabah, Pekan Nabalu ini adalah tempat persinggahan untuk mendapatkan pelbagai jenis buah-buahan yang manis-manis dengan harga yang murah.

Berikut adalah beberapa jenis buah-buahan yang dijual di Pasar Buah Pekan Nabalu ini.

 
Buah pisang yang berwarna kemerahan, dikatakan berasa agak pahit~

 
Pelbagai jenis buah-buahan potong, termasuk sos pencicah~

 
Durian yang khususnya hanya boleh didapati di Sabah~

 
Longgokan buah nenas yang sangat manis, rugi jika tidak membelinya~


Selain daripada buah-buahan, di Pasar Pekan Nabalu ini juga turut menjual beberapa barangan kraftangan yang unik dan hanya boleh didapati di Pekan nabalu sahaja. 

 
 

Memang cantik kraftangan yang dijual disini. Harganya lebih kurang biasa dengan harga di tempat lain, namun sekiranya anda memang kaki tawar, anda boleh mendapatnya dengan harga yang lebih murah.

Sekiranya ingin lebih murah, bawa Penduduk Sabah itu sendiri~

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Setelah selesai membeli bekalan untuk perjalanan seharian, maka kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment