Monday, 3 September 2018

Wan Thai Restaurant Langkawi Review

Di Langkawi, kebanyakan kedai makan yang ada di sini adalah kedai makan yang menyediakan hidangan masakan Thailand dan kami telah ke salah satu kedai yang menyediakan hidangan masakan Thailand iaitu Wan Thai Restaurant yang terletak kira-kira 5 minit dari Hotel Grand Continental Langkawi.

 

Di Wan Thai Restaurant ini dikatakan menjadi tempat kegemaran para pelancong yang datang ke Pulau Langkawi kerana menyediakan hidangan masakan Thai yang sedap.


~ Wan Thai Restaurant Langkawi Review - Our Selection and Its Price~ 

 

Tanpa membuang masa, seterusnya adalah hidangan-hidangan menu yang telah menjadi pilihan kami pada malam ini, terdiri daripada enam (6) jenis hidangan yang sedap dan melazatkan seperti dibawah.

 
Hidangan Utama: Ikan 3 Rasa (Pla Sam Rod)
Jenis Ikan: Siakap (RM 6.50/100g); Jenaha (RM 7.00/100g)

Ikan 3 Rasa yang disediakan di Wan Thai Restaurant ini memang memuaskan kerana memang terasa 3 rasa yang berbeza iaitu rasa masam, manis dan juga pedas. Walaupun ikannya sudah habis, namun kuahnya tetap menjadi rebutan oleh ahli jemaah.


 
Sotong Goreng Tepung (Plameak Shup Pang Tod)
Harga: Kecil (RM 22.00), Sederhana (RM 28.00), Besar (RM 35.00)

Sedikit berbeza Sotong Goreng Tepung di sini, ianya terasa sedikit masin namun kehadiran sos cili thai yang dihidang sekali di dalam hidangan ini membuatkan rasanya menjadi unik (lebih manis daripada masin)


 
Tomyam Campur (Tomyam Ruam)
Harga: Kecil (RM 22.00), Sederhana (RM 28.00), Besar (RM 35.00)

Tomyam biasanya dibandingkan dengan kuah supnya yang kepedasan dan juga kepekatannya. Di Wan Thai Restaurant, ianya tidak pekat dan juga kurang pedas memberikan ia rasa yang biasa. Namun, ianya dihidangkan dengan keadaan yang panas serta mempunyai lilin dibawahnya.


 
Telur Dadar (Khai Chew)
Harga: Kecil (RM 4.00), Sederhana (RM 6.00), Besar (RM 9.00)

Sama seperti telur dadar yang dimasak dirumah, tetapi di dalamnya hanya mempunyai beberapa hiris bawang..


 
Ayam Goreng Cili Kering dan Gajus (Gai Phad Med Ma Muang)
Harga: Kecil (RM 22.00), Sederhana (RM 28.00), Besar (RM 35.00)

Dihidangkan ala-ala berkicap, hidangan ini agak pedas bagi yang tidak tahan kepedasan. Yang paling istimewa tentang hidangan ini, ianya dihidangkan bersama-sama dengan kacang gajus yang telah digoreng.


 
Sayur Campur

Seperti yang kita boleh dapat di kedai thai yang lain. Tiada keunikkan di dalam hidangan ini.

**********

Sekiranya anda berada di Pulau Langkawi, dan jikalau anda tidak ada idea untuk ingin makan di mana, anda boleh datang ke Wan Thai Restaurant untuk menikmati makan malam.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment