Perjalanan kami menerokai Kundasang pada percutian kami yang lalu menemukan kami di tempat yang seterusnya, iaitu di Desa Dairy Farm yaang terletak kira-kira 5 minit perjalanan dari Pekan Kundasang.
Di sini dikatakan anda boleh merasai sendiri untuk memberi makanan kepada lembu di kawasan-kawasan di dalam ini, malah boleh bergambar bersama-sama dengan lembu New Zealand (lembu putih bertompok hitam, hanya boleh didapati di kawasan bersuhu rendah).
Namun kehadiran kami disini mempunyai matlamat yang berbeza, bukannya untuk bergambar dengan lembut atau memberi mereka makan.
Untuk memasuki ke kawasan ini, terdapat cas kemasukkan yang dikenakan kepada para pelawat dimana ianya dicas mengikut bilangan pelawat yang datang, bukannya mengikut kepada jenis kenderaan.
Bayaran masuk yang dikenakan adalah seperti berikut.
Bayaran Masuk
Dewasa : RM 4.70
Kanak-kanak (7 hingga 12 Tahun) : RM 3.80
Untuk aktiviti memberikan makanan kepada lembu-lembu New Zealand ini pula, terdapat waktu-waktunya yang tertentu, bukannya setiap masa. Berikut adalah waktu-waktu yang dibenarkan untuk memberikan lembu-lembu ini makan.
Aktiviti di Agropen
Waktu Makan Pagi : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Waktu Rehat : 12.00 tengah hari hingga 1.30 petang
Waktu Makan Petang : 1.30 petang hingga 4.30 petang
p/s: Lembu pun perlukan masa untuk berehat juga. Asyik diberi makan sahaja, boleh meletup perut~
~ Desa Dairy Farm, Kundasang Review - Going to the Main Building ~
Perjalanan dari pintu masuk ke Desa Dairy Farm ke Bangunan Utama tidaklah begitu jauh, kira-kira 3 minit perjalanan, namun disebabkan cuti sekolah ketika kami berada disini, kesesakan di dalam Desa Dairy Farm memang sesak dengan para pelancong dari luar negara.
Di sepanjang perjalanan kami menuju ke Bangunan Utama Desa Dairy Farm ini, boleh kelihatan beberapa kawasan yang dipenuhi dengan lembu-lembu di tepi jalan. Anda boleh berhenti dan memberikan mereka makan, ataupun bergambar bersama-sama, atau boleh meneruskan perjalanan ke destinasi.
Berikut adalah beberapa gambar yang boleh anda berhenti untuk mengambil gambar.
Batu Besar yang telah dilukis menjadi bentuk seekor lembu~
Kawasan Agropen. Lembu-lembu pun pandai beratur, apatah lagi manusia, kan?~
~ Desa Dairy Farm, Kundasang Review - Food Hunting ~
Kami datang ke sini hanya mempunyai satu tujuan sahaja, iaitu untuk mencari hasil tenusu yang menjadi sebutan para pelancong pada suatu ketika dahulu (termasuk sekarang).
Apa yang penting, kena beratur dahulu ya untuk membeli makanan atau pilihan anda?
Food hunting kami yang pertama adalah Gelato! Gelato disini memang sedap kerana segar dari ladang dan ianya memang cepat habis. Sewaktu ketibaan kami disini, hanya tinggal Yogurt Gelato sahaja dan yang selainnya sudah habis.
Setiap kali kami makan, terasa kesegaran termasuk sekali berbau susu lembu yang fresh, belum lagi diproses. Memang terbaik Gelato yang disediakan disini!
Harga untuk Yogurt Gelato ini hanya RM 5.00 untuk satu hidangan sahaja.
Food hunting kami yang kedua di sini adalah susu lembu keluaran Desa sendiri, terdiri daripada 3 jenis perisa; Susu Segar, Susu Segar Perisa Coklat, dan Susu Segar Perisa Kopi.
Berikut adalah harga jualan bagi susu lembu segar yang dijual di Desa Daity Farm Kundasang.
Susu Segar
1/2 liter (RM 3.60), 1 liter (RM 6.10)
Susu Segar Perisa Coklat
1/2 liter (RM 4.20), 1 liter (RM 7.00)
Susu Segar Perisa Kopi
1/2 liter (RM 5.80)
Selain daripada Susu Segar, terdapat juga jualan air yogurt yang dinamakan Natural Yogurt, dijual di Desa Dairy Farm juga. Jenis-jenis dan harganya adalah seperti dibawah.
Desa Natural Yogurt
120gm (RM 2.50), 475gm (RM 9.00)
Blueberry Natural Yogurt
120gm (RM 2.80), 475gm (RM 10.50)
Strawberry Natural Yogurt
120gm (RM 2.80), 475gm (RM 10.50)
Passion Fruit Natural Yogurt
120gm (RM 2.80), 475gm (RM 10.50)
Yang terakhir sekali, produk tenusu yang jarang dibeli oleh orang kecuali chef-chef terkemuka iaitu Cheese. Di Desa Dairy Farm ini, anda juga boleh membeli pelbagai jenis Cheese buatan tempatan dengan harga dibawah.
Toma Cheese 100gm (RM 7.60)
Camembert Cheese 150gm (RM 10.50)
Goat Cheese 150gm (RM 28.70)
Ricotta Cheese 250gm (RM 20.20)
Mozarella Cheese 250gm (RM 13.90)
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini, menerokai pelbagai jenis produk tenusu yang kami boleh beli ketika berada di Desa Dairy Farm Kundasang.
Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment