Monday, 17 September 2018

Terokai Kundasang Part 2 - Kinabalu Park, Kundasang

Perjalanan kami menerokai Kundasang diteruskan lagi, dan pada kali ini abang ipar saya membawa kami sekeluarga mendekati alam semulajadi dengan melihat pemandangan Gunung Kinabalu dari lereng gunung tersebut.

 

Dari Pekan Nabalu, perjalanan ke Kinabalu Park ini mengambil masa kira-kira dibawah satu jam. Ini adalah disebabkan keadaan perjalanan yang mendaki serta jalannya yang berliku-liku menjadi faktor disamping kehadiran kenderaan berat di hadapan.

Menurut kepada abang ipar kami, Kinabalu Park ini adalah merupakan salah satu tempat permulaan pendakian ke Gunung Kinabalu dengan berdasarkan laluannya yang tersendiri.


~ Kinabalu Park, Kundasang - The Entrance Fee ~

 

Untuk memasuki ke kawasan ini, anda dikenakan bayaran masuk sebanyak RM 3.00 setiap seorang dewasa yang berumur diantara 18 tahun sehingga 60 tahun. Bagi kanak-kanak dibawah umur 18 tahun, tidak ada sebarang bayaran dikenakan.


~ Kinabalu Park, Kundasang - The Main Gate ~

 

Perjalanan daripada pintu masuk pembayaran hingga ke pintu utama ini mengambil masa kira-kira 5 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan. Jalan ke kawasan ini menjadi agak sempit disebabkan beberapa kenderaan berhenti di tepi jalan untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

 

Ini adalah pintu gerbang besar bagi para pendaki untuk memulakan aktiviti mereka bersiap sedia untuk mendaki Gunung Kinabalu. Oleh disebabkan ianya terletak di kaki Gunung Kinabalu, maka kawasan ini lebih sejuk.


 

Di pintu gerbang besar ini terdapat sebuah papan tanda yang menarik untuk dibaca, lebih-lebih lagi upacara teragung yang dilaksanakan disini iaitu acara mendaki gunung yang digelar Mount Kinabalu International Climbathon; bermarathon mendaki gunung.

 
 
 

Perjalanan daripada pintu gerbang besar ini ke pintu utama pelepasan pendaki Gunung Kinabalu ini tidak jauh, dan hanya boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja. Tidak jauh pun, kurang daripada seminit sahaja berjalan kaki dan anda akan sampai ke pintu yang seterusnya.


~ Kinabalu Park, Kundasang - The Climber's Starting Point ~

 

Segala-galanya bermula disini, bagi para pendaki yang ingin menawan puncak Gunung Kinabalu; Pondok Timpohon. Di sini, kebanyakan para pendaki mula berkumpul seawal jam 2 pagi untuk memulakan aktiviti mendaki gunung.



 

Jarak dari Pondok Timpohon ini ke puncak Gunung Kinabalu adalah lebih kurang sejauh 8.72KM. Sekiranya para pendaki ini bertolak daripada Pintu Pelepasan Tambang, maka jaraknya menuju ke puncak Gunung Kinabalu adalah sejauh lebih kurang 10.72KM merujuk kepada Pelan Jejak Puncak diatas.

 
 

Bagi kami yang ingin melihat pemandangan Gunung Kinabalu dari Pondok Timpohon ini, kami menaiki tangga ke tingkat atas dimana di sini memang senang untuk melihat Gunung Kinabalu, kecuali pada masa kami berada disini, Puncak Gunung Kinabalu ini diseliputi dengan awan.

 
 

Selain daripada menikmati keindahan pemandangan Gunung Kinabalu, kami juga berkesempatan memberi makanan kepada hidupan liar yang menghuni alam semula jadi di sini, seperti tupai. Comel sangat, rasa nak cubit-cubit je~

 

Terdapat juga beberapa informasi yang sangat berguna yang anda boleh dapati di Pondok Timpohon ini seperti variasi tumbuhan yang hidup disekitar Gunung Kinabalu, haiwan-haiwan dan serangga-serangga kecil yang jarang didapati di tempat lain.

**********


 

Setelah puas mengambil gambar di sini, maka kami berkumpul semula di dalam kereta dan meneruskan perjalanan menerokai Kundasang.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment