Monday 24 September 2018

Terokai Kundasang Part 5 - Arnab Village, Ranau Review

Tempat terakhir yang kami pergi di dalam sesi menerokai Kundasang ini adalah di Arnab Village, yang terletak di Ranau. Lokasi ini memang sesuai untuk kanak-kanak, dimana mereka boleh bermain-main dengan arnab; beri makan, dukung dan sebagainya.

 

Di kawasan ini, selain daripada Arnab Village, terdapat juga beberapa kawasan haiwan yang lain seperti Rumah Kucing, Rumah Hamster, dan lain-lain lagi yang terletak berhampiran dengan Arnab Village ini. 

Oleh disebabkan sudah selalu melihat kucing dan juga tikus mondok liar di rumah, maka kami membuat keputusan untuk masuk ke Arnab Village. .


~ Arnab Village, Ranau Review - The Entry Cost ~

 

Jarak diantara Desa Dairy Farm yang terletak di Kundasang dengan Arnab Village yang terletak di Ranau ini mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja memandu. 

Untuk masuk ke dalam Arnab Village ini, terdapat bayaran yang perlu anda bayar dengan harga dibawah.


Warganegara Malaysia
Dewasa (12 tahun dan keatas) : RM 5.00 seorang
Kanak-kanak (4 - 12 tahun) : RM 3.00 seorang

Bukan Warganegara Malaysia
Dewasa (12 tahun dan keatas) : RM 10.00 seorang
Kanak-kanak (4 - 12 tahun) : RM 5.00 seorang


Setelah pembayaran telah dibuat, maka sudah tiba masanya untuk kami menerokai dan bermain-main dengan Arnab!


~ Arnab Village, Ranau Review - The Rabbit Town ~

 

Di dalam Arnab Village yang terletak di Ranau ini terletak di kawasan bukit, yang sangat sesuai untuk para pelancong datang tambahan pula dengan suasana yang nyaman dan sejuk.

Kira-kira lebih daripada 30 ekor arnab yang mendiami Arnab Village di Ranau ini, terdiri lebih daripada 5 jenis arnab keseluruhannya.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil sewaktu kami berada disini.

 
 
 
 
 
 
Memegang arnab~

 
 
 
Mengangkat dan membawa arnab kehulu-kehilir~

 
 
 
Melihat arnab yang sedang berehat di dalam kediaman masing-masing~

 
 
Melihat kawasan sangkar baby arnab yang telah diasingkan~

 
Dan juga beberapa informasi berkenaan dengan arnab yang boleh didapati disini~


~ Arnab Village, Ranau Review - The Rabbit Shop ~

 

Terletak di dalam kawasan arnab, terdapat sebuah bangunan yang menjual pelbagai jenis barangan yang boleh dibawa balik sebagai cenderahati seperti topi haiwan, keychain dan lain-lain lagi.

 

Di sini juga anda boleh membeli makanan arnab dengan harga RM 1.00 setiap satu, dan juga merupakan makanan harian yang arnab ini makan. Demi pengalaman, RM 1.00 ini dapat memberikan kebahagiaan kepada kanak-kanak, termasuk juga arnab-arnab disini.

**********

 

Kawasan di dalam Arnab Village ini mempunyai kawasan bertangga dan juga berbukit. Maka, sekiranya anda ingin berjalan, maka perhatikan setiap langkah anda, takut tersadung dan terjatuh.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

1 comment: