Wednesday 5 September 2018

Jajan Hunting at Masri Sekinchan

Setiap kali kami pulang ke kampung halaman kami yang terletak di Sekinchan, sudah menjadi lumrah kehidupan untuk membeli bekalan makanan ringan di Masri.

 

Jarak Masri ini dari Pekan Sekinchan tidak begitu jauh, kira-kira hanya 1 km sahaja daripada lampu isyarat balai polis Sekinchan, dan terletak di sbelah kanan (jika anda menghala ke Sungai Besar).

Di Masri, terdapat pelbagai jenis dan aneka keropok-keropok, makanan-makanan ringan yang dijual disini dan harganya memang murah jika dibandingkan di kawasan bandar.


~ Jajan Hunting at Masri Sekinchan - The Products ~

 

Sudah tiba masanya yang ditunggu-tunggu iaitu melihat koleksi produk makanan ringan yang dijual disini. Harga untuk setiap produk disini adalah berbeza, namun yang penting adalah lebih murah daripada tempat yang lain.

Di bawah adalah beberapa koleksi gambar yang diambil menunjukkan beberapa produk yang dijual di kedai Masri Sekinchan ini.

 
Kuih-kuih dan biskut tradisional seperti bahulu, tempe goreng~

 
Wonder Cheese yang turut menjadi kegemaran dan kegilaan si isteri~

 
Izzat yang turut serta mengambil makanan yang disukai beliau~

 
Koleksi kerepek-kerepek pedas dan sebagainya~

 
Makanan-makanan di dalam tin ataupun di dalam peket seperti kopi~

 
Dan paling tidak dilupakan adalah koleksi kekacang yang mempunyai lebih daripada 10 jenis~

**********

 

Masri adalah merupakan salah sebuah tempat para peniaga di bandar untuk membeli dan menyimpan stok dengan banyak kerana sekiranya anda membeli dengan kuantiti yang banyak, anda akan mendapat diskaun ataupun barangan percuma.

Bagi si isteri yang baharu sahaja berjinak-jinak untuk berniaga di tempat kerja beliau, Masri ini memang merupakan tempat penyinggahan beliau setiap kali balik ke kampung halamannya.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment