Wednesday, 26 September 2018

Gayang Seafood Restaurant, Sepaggar Review

Berjalan-jalan di Kota Kinabalu tidak sah jika tidak merasai hidangan masakan laut yang segar-segar, yang menjadi salah satu tujuan sampingan para pelancong datang di sini.

 

Satu lokasi makanan laut telah kami cuba di dalam bandar Kota Kinabalu; Segama Waterfront, namun pada kali ini kami telah dibawa ke satu kawasan di luar bandar Kota Kinabalu iaitu di Sepaggar.

Berjarak kira-kira 20KM dari bandar Kota Kinabalu, terdapat sebuah restoran di Sepaggar yang menyediakan hidangan makanan laut, diberi nama Restoran Gayang Seafood.


~ Gayang Seafood Restaurant, Sepaggar - The Living Aquarium ~

 

Di Restoran Gayang Seafood terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang berada di dalam akuarium, samada ianya adalah ikan hiasan mahupun ikan untuk dijual, dimasak dan dimakan.

 

Kanak-kanak memang suka melihat hidupan laut yang boleh dilihat disini, terutama sekali Irfan dan Izzat. Asyik lihat sahaja ikan-ikan di dalam akuarium ini berenang-berenang.

Di bawah adalah diantara akuarium terbuka yang dikhaskan untuk para pelanggan memilih jenis ikan atau hidupan laut yang lain.

 
 
Antara akuarium-akuarium terbuka untuk para pelanggan memilih~

Seterusnya adalah diantara beberapa hidupan laut yang anda boleh lihat dan seterusnya membuat pesanan.

 
 
Dua jenis udang yang kita jarang lihat~

 
Dan juga beberapa hidupan laut yang lain yang anda boleh buat pilihan, beserta dengan gambar dan harga setiap jenis~


~ Gayang Seafood Restaurant, Sepaggar Review - Dinner Time ~

 

Setelah membuat pesanan, maka seterusnya adalah aktiviti memakan pula. Setiap pesanan ketika kami berada disini dipilih dan dipesan oleh abang ipar kami, dimana terdapat beberapa jenis masakan yang agak unik bagi kami.

Berikut adalah beberapa hidangan yang telah kami jamu ketika berada di Restoran Gayang Seafood ini.


 
Ikan Siakap Stim Nyonya~
RM 61.00 (harga ikut kilogram; RM 65 sekilogram)

Berlainan dengan masakan stim yang seringkali kita rasa di restoran makanan laut, di Restoran Gayang Seafood terdapat sejenis masakan yang diberi nama masakan Stim Nyonya yang berkuahkan campuran kari, santan dan beberapa lagi rempah ratus yang telah dimasukkan bersama.


 
Soft Shell Crab~
RM 61.40 (Large); RM 31.10 (Medium)

Soft Shell Crab yang disediakan disini dipesan mengikut kepada 2 jenis bahagian; Bahagian Besar (biasanya untuk dimakan seramai lebih daripada 4 orang) dan Bahagian Sederhana (biasanya dimakan kurang daripada 4 orang).


 
Siput Laut (Orang sini panggil Siput Tarik)~
RM 20.80 sekilogram; RM 10.40 untuk setengah kilogram

Siput tarik ini agak unik sedikit cara untuk mengeluarkannya dari cengkerang, jauh berbeza dari siput sedut. Jika anda perasan terdapat pencungkil gigi kayu yang disediakan bersama-sama dengan hidangan ini.

 

Beginilah cara untuk mengeluarkan isi siput laut ini dari cengkerangnya, dengan mencucuk bahagian luar dengan pencungkil gigi kayu. Anda harus berhati-hati untuk tidak memakan penghujung isi siput (bahagian atas kayu mengikut gambar diatas) kerana ianya mempunyai lapisan yang dapat merosakkan perut anda.


 
Udang Pasir Laut (masakan Dry Butter)~
RM 66.00 sekilogram; RM 33.00 setengah kilogram

Apabila masa untuk memakan udang, memang saya terpaksa serahkannya kepada orang lain untuk menghabiskannya. Namun saya sempat untuk merasai seekor dua udang yang dihidangkan (saya ada pantang larang dengan udang sebenarnya). Rasanya adalah lebih kurang sama sahaja dengan Dry Butter Prawn yang lain.


~ Gayang Seafood Restaurant, Sepaggar Review - Drinks ~

 

Selalunya, apabila menikmati hidangan makanan laut di restoran sebegini, kami selalu memesan hidangan Air Teh Cina suam kerana ianya adalah menyihatkan tubuh badan selepas menikmati hidangan makanan laut yang banyak.

 

Si isteri telah memilih untuk memesan minuman jus epal, dan apa yang mengejutkan kami adalah hidangan jus ini telah dikedapkan untuk mengelakkan berlakunya proses pengoksidaan pada jus, menukarkan jus epal kepada warna kemerahan dan seterusnya bertukar warna menjadi coklat muda.

**********

Sekiranya saya berpeluang untuk memberi rating kepada restoran Gayang Seafood ini, saya akan memberikannya 8 markah daripada 10 markah. Ini adalah disebabkan kekurangan staff ketika kami datang, menyebabkan meja kami lambat dibersihkan dan juga makanan lambat sampai.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment