Its Seafood Time!
Sekiranya anda berada di Kota Kinabalu, maka makanan yang harus anda cuba adalah makanan laut dimana ianya adalah merupakan makanan yang menjadi pusat tumpuan para pelancong ketika datang ke Kota Kinabalu ini.
Salah satu kawasan yang menjadi tumpuan para pelancong untuk menikmati hidangan makanan laut adalah di sekitar Kota Kinabalu Segama Waterfront, kira-kira seminit berjalan kaki dari Pasar Filipina.
Di Segama Waterfront ini, terdapat lebih kurang 10 jenis kedai makan yang menyediakan hidangan makanan laut dimana pada kali ini kami mencuba masakan di Gerai Selera Kita Segama Waterfront.
Kebanyakan kedai-kedai makanan laut yang anda boleh dapati di sini memang menyediakan pelbagai jenis hidupan laut yang masih segar, disamping anda boleh membeli hasil tangkapan di tepian Jeti yang terletak tidak jauh dari tempat ini.
Bagi hidangan laut yang disediakan di Gerai Selera Kita Segama Waterfront Kota Kinabalu ini adalah seperti dibawah.
Agak rambang mata kami semua apabila berada di sini untuk memilih tempat untuk menikmati hidangan makanan laut, seterusnya memilih jenis-jenis ikan, udang dan sotong yang akan menjadi santapan kami pada kali ini.
Setelah hampir 5 minit, akhirnya kami berjaya membuat keputusan dengan memilih 3 jenis makanan laut beserta dengan satu hidangan sayur sebagai menu kami kali ini.
Berikut adalah menu yang telah kami pilih.
Ikan Siakap Masak 3 Rasa, namun ianya berbeza kerana hanya ada bawang dan kuahnya sahaja. Nenas dan juga beberapa barangan asas untuk Masak 3 Rasa tidak ada~
Sotong Goreng Tepung~
Segala-galanya bermula apabila kami ingin memesan hidangan disini, dimana mereka tidak menunjukkan harga sebenar dan hanya membuat pemasaran melalui mulut sahaja. Harga yang ditawarkan pula adalah mengikut berat (kg) bagi setiap pilihan.
Saya perasan apabila harga yang ditawarkan sebenarnya bukan harga ikan semata, namun ianya sudah termasuk sekali berat bekas penimbang itu sekali (boleh dikatakan berat penimbang boleh mencecah 300 gram).
Saya agak kesal apabila kesemua peniaga disini menggunakan taktik yang sama untuk mengaut keuntungan yang lebih daripada para pelancong yang hadir untuk menikmati hidangan disini.
Saya sarankan supaya anda yang ingin menikmati hidangan masakan laut di sini agar tidak ke Gerai Selera Kita, kerana gerai yang lain lebih sedap berbanding dengan gerai ini. Bukan sahaja mahal, tetapi hidangan yang disediakan juga tidak sedap!

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment