Friday 24 August 2018

Madu Kelulut Nikmah Trigona Farm Kota Kinabalu Sightseeing

Di Sabah memang terkenal dengan Madu Kelulutnya yang asli, namun pada kali ini kami telah berpeluang untuk melihat sendiri suasana Ladang Madu Kelulut yang terletak di Telipok, Kota Kinabalu.

 

Pada asalnya, kami bercadang untuk mencari Madu Kelulut di area Penampang Sabah, namun menurut kepada kenalan kami, beliau menyarankan untuk ke Telipok dan berjumpa dengan sahabat beliau yang juga merupakan pengusaha Ladang Madu Kelulut.

Terdapat aktiviti yang menarik telah kami lakukan disini, pasti menyebabkan anda teruja dan ingin juga melakukannya.


~ Madu Kelulut Nikmah Trigona Farm Kota Kinabalu Sightseeing - The Farm Location ~

 

Lokasi Nikmah Trigona Farm ini agak jauh daripada jalan utama yang menghubungkan Inanam dan Tuaran, terletak di Bukit Payung Tuaran yang mengambil masa kira-kira 5 minit menaiki kenderaan dari jalan utama.

Dibimbing oleh pihak MARDI, di sekitar Kota Kinabalu sahaja terdapat lebih kurang 6 Ladang Madu Kelulut, dan salah satunya adalah di Nikmah Trigona Farm Enterprise ini.


~ Madu Kelulut Nikmah Trigona Farm Kota Kinabalu Sightseeing - The Kelulut Bee Farm ~

 

Di Nikmah Trigona Farm Kota Kinabalu ini mempunyai lebih daripada 100 rumah lebah kelulut yang diambil daripada kawasan perhutanan di kawasan bukit ini, dimana ianya dipotong dari pokok yang lebah ini duduki dan dibawa ke kawasan ini untuk proses yang seterusnya.


 

Cara untuk mengesan samada lebah ini adalah lebah kelulut amat mudah apabila berada di dalam kawasan hutan iaitu dengan kehadiran 'pintu masuk' pada dahan kayu seperti di dalam gambar diatas. Pintu inilah yang digunakan oleh lebah kelulut untuk keluar dan masuk, seperti diperbuat daripada madu juga.


 

Setelah dahan kayu yang didiami oleh lebah kelulut ini mereput, maka pengusaha ladang lebah kelulut akan memindahkan sarang lebah ke dalam kotak kayu yang dibuat seperti di dalam gambar diatas.


~ Madu Kelulut Nikmah Trigona Farm Kota Kinabalu Sightseeing - The Tasting ~


 

Inilah aktiviti yang telah kami alami di Nikmah Trigona Farm, dimana kami berpeluang untuk merasai sendiri Madu Kelulut yang masih belum lagi diproses. Dibuka dari kotak di bahagian atas, beginilah rupa ladang madu kelulut~


 

Sungguh menarik pemandangan yang telah kami lihat, lebih-lebih lagi isi dalaman ataupun struktur dalaman sarang lebah kelulut ini kerana ianya adalah merupakan pengalaman kami yang pertama kali melihat perkara yang indah ini di hadapan mata kami sendiri.


 

Penyedut pun sudah diletakkan oleh pengusaha ladang madu kelulut, maka apa lagi. Jom menyedut!


 
 
 
Sedut, sedut dan terus menyedut~


~ Madu Kelulut Nikmah Trigona Farm Kota Kinabalu Sightseeing - Fun Facts ~

 

Menurut kepada pengusaha ladang Madu Kelulut, Kak Mah sebagai nama komersialnya, terdapat beberapa fakta yang telah dikongsikan oleh beliau kepada kami semua yang pertama kali melawat di ladang madu kelulut beliau.

Satu: Musim madu di kawasan ladang Nikmah Trigona ini biasanya bermula seawal bulan April dan berakhir pada bulan July, dimana selepas bulan July madu-madu yang terletak di dalam sarang akan dbawa ke kawasan cocoon sebagai makanan larva.


Dua: Beliau mempunyai lebih kurang 6 buah ladang madu kelulut, dan mencecah sehingga 400 log atau rumah lebah kelulut di sekitar Sabah. Menarik tentang log ini, setiap log yang menempatkan lebah kelulut ini dapat menghasilkan kira-kira 1.5kg hingga 2.0kg madu setiap bulan disepanjang tempoh musim madu.

Tiga: Terdapat lebih kurang 43 jenis lebah kelulut, namun hanya 4 jenis sahaja yang menghasilkan madu.


 

Empat: Cara memproses madu yang dilaksanakan di Nikmah Trigona Farm masih lagi dibuat secara manual, namun terdapat di ladang kelulut yang lain telah menggunakan mesin untuk mengeluarkan yis daripada madu. Sebelum diproses, setiap madu harus ditempatkan di dalam freezer.

Lima: Kebanyakan koloni Lebah Kelulut seringkali didapati dari kawasan hutan yang telah terbakar ataupun di kawasan hutan yang terbuka, terletak di dalam pohon-pohon kayu yang telah berlobang.


 

Enam: Terdapat 2 jenis madu di setiap koloni; satu (madu yang jernih) dijadikan sebagai makanan larva dan satu lagi (madu yang berwarna kekuningan) pula dijadikan sebagai makanan ratu koloni tersebut. Rasa madu untuk ratu ini adalah masam jika berbanding dengan madu untuk larva.

Tujuh: Musuh untuk lebah kelulut ini adalah serangga-serangga kecil seperti semut, anai-anai dan juga haiwan-haiwan kecil seperti katak dan juga sesumpah.


Lapan: Bagi kawasan madu yang telah kosong (disedut ataupun dibawa ke koloni larva, pekerja lebah kelulut akan mengeringkannya dan diisi semula dengan madu-madu yang baharu. Menariknya, untuk memenuhi semula madu-madu yang telah hilang, ianya hanya mengambil masa kira-kira 1 minggu sahaja.
Sembilan: Setiap koloni lebah akan mempunyai ratunya yang tersendiri. Sekiranya ratu yang lama melahirkan ratu yang baru, 'perebutan kuasa' akan berlaku menyebabkan ratu yang lama akan kalah dan meninggalkan koloni sedia ada bersama-sama pengikutnya dan membina koloni yang baharu.

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini berkenaan dengan madu kelulut. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment