Wednesday 27 February 2019

The Klagan Hotel Kota Kinabalu Review - Part 2

Pada bahagian yang pertama, saya telah berkongsikan tentang bilik yang telah kami duduki serta kemudahan lain yang disediakan oleh pihak pengurusan The Klagan Hotel.

 

Pada post pendek kali ini, saya akan berkongsikan tentang menu dan hidangan yang disediakan oleh pihak pengurusan The Klagan Hotel ini kepada para tetamu yang menginap di tempat mereka.


~ The Klagan Hotel Kota Kinabalu Review - Wanyan Rooftop Cafe ~

 

Lokasi untuk bersarapan di The Klagan Hotel ini agak unik, dimana ianya terletak di tingkat ke 11 (jika menaiki lift, kami terpaksa menaiki satu (1) tingkat keatas dengan menaiki tangga kerana lift hanya boleh naik sehingga ke tingkat 10).

Berikut adalah beberapa jenis makanan yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel.

 
Ketika musim durian, boleh dapati durian goreng disini~

 
Waffle beraneka perisa untuk diterokai~

 
Ulam-ulaman, jeruk serta kerabu~

 
Aneka jenis roti dan muffin~

 
Dan juga hidangan bijirin serta air kordial~


Secara kesimpulannya, hidangan yang disediakan disini memang banyak dan sedap, dan kawasan ni memang besar mampu memuatkan lebih kurang 100 orang dalam satu masa yang sama.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian ringkas saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment