Friday 8 February 2019

Hatten Place Hotel Melaka Review - Part 2

Maka masuklah ke bahagian yang kedua berkenaan dengan Hatten Place Hotel yang terletak di Bandaraya Melaka, dimana di dalam bahagian yang kedua ini lebih kepada perkongsian tentang makanan yang telah dihidangkan kepada kami sewaktu bersarapan dan juga makan malam.

 

Hidangan sarapan pagi dan juga makan malam disediakan di Thyme All Day Dining yang terletak di tingkat 12, berhampiran dengan kawasan lobi utama.

Agak menarik juga hidangan yang disediakan disini, lebih-lebih lagi hidangan malam yang akan saya kongsikan dengan anda dibawah.


~ Hatten Place Hotel Melaka Review - Breakfast ~

 

Bersarapan di waktu pagi adalah penting untuk memulakan hari anda dengan sempurna, namun bergantung kepada makanan yang diambil, boleh juga mendatangkan darurat kepada diri sendiri (semestinya naik berat badan).

Berikut adalah beberapa hidangan yang disediakan oleh pihak pengurusan restoran bagi hidangan sarapan pagi.

 
 
 
Makanan jenis western~

 
Jenis sup pon ada~

 
Berunsurkan roti~

 
  
Juga tidak ketinggalan buah-buahan dan juga sayur-sayuran~


Hidangan yang disediakan memang banyak, dan mencukupi bagi menampung penghuninya yang banyak. Pada hari yang ketiga, hidangan yang ditawarkan hampir sama dengan hidangan yang ditawarkan pada hari sebelumnya.


~ Hatten Place Hotel Melaka Review - Dinner Day 1 ~

 

Hidangan makan malam sewaktu kami menghadiri kursus disini adalah di dalam kaedah hidangan, bukannya buffet seperti sarapan pagi. Hidangan ini terdiri daripada empat (4) jenis hidangan; Pembuka Selera, Sup, Hidangan Utama, dan juga Pencuci Mulut.

 
Appetizer : Fresh Farmer Salad ~

 
Soup : Cream of Tomato Soup Dinner Roll ~

 
Main Course : Vegetable Pasta Marinara, Curry Chicken with Potato, Sweet & Sour Fish, Lamb Stew, Butter Vegetable with Almond Flake, dan Braised Beancurd with Mince Chicken ~

 
Dan Dessert : Pumpkin Cheesecake with Strawberry Confit ~


Setiap hidangan yang disediakan memang sedap, lebih-lebih lagi jenis-jenis hidangan yang tidak pernah saya cuba seperti Cheesecake Labu. Memang merupakan satu pengalaman yang menarik dan bermakna bagi saya.


~ Hatten Place Hotel Melaka Review - Dinner Day 2 ~

 

Sama seperti hidangan malam yang pertama, hidangan malam yang kedua ini juga dihidangkan dengan menggunakan kaedah hidangan dan bukannya buffet. Terdapat empat (4) jenis hidangan yang turut disajikan, sama seperti pada malam yang pertama.

 
Appetizer : Roasted Chicken Salad with Fresh Greens and Homemade Dressing ~

 
Soup : Soup Ayam Rempah ~

 
Main Course : Mee Goreng, Ayam Kapitan with Potato, Grilled Fish Lemon Demi Glace, Prawn Sambal, Kurma Telur, and Caramelized Carrot with Honey ~

 
Dessert : Fresh Fruits Cut ~


Memang berbaloi menikmati hidangan malam yang disediakan oleh pihak hotel, dimana segalanya memang sedap dan memuaskan hati, jiwa dan juga perasaan ini.

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment