Wednesday 20 February 2019

Murtabak Mengkasar Haji Zin Pekan Review

Pernah menjadi viral pada suatu ketika dahulu, dimana murtabak yang dihidangkan kepada keturunan diraja telah dapat dibeli oleh penduduk tempatan, yang diberi nama Murtabak Mengkasar.

 

Di Bandar Pekan, terdapat beberapa jenis Murtabak Mengkasar yang disediakan, namun yang originalnya adalah Murtabak Mengkasar Haji Zin.

Bagi penduduk Pekan, Murtabak Mengkasar ini adalah diantara salah satu menu minum petang yang agak terkenal di sekitar kawasan ini. Apakah yang menyebabkan ianya menjadi hidangan petang penduduk Bandar Pekan?


~ Murtabak Mengkasar Haji Zin Pekan Review - The Menu ~

 

Saiz Murtabak Mengkasar yang disediakan di Warung Haji Zin ini memang besar, dimana untuk satu keping murtabak mampu menjamu 2 orang sekali gus. Memang besar dengan isinya yang agak padat.

 
 

Di Murtabak Mengkasar Haji Zin ini hanya mempunyai dua (2) harga sahaja, seperti dibawah.

| Murtabak Special |
| RM 10.00 sekeping |

| Murtabak Biasa |
| RM 8.00 sekeping |


Rasa Murtabak Mengkasar ini lebih kurang sama dengan rasa murtabak yang lain, namun yang membezakan murtabak mengkasar ini adalah dari segi kepadatan isi yang disediakan di sini.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment