Wednesday 6 February 2019

Hatten Place Hotel Melaka Review - Part 1

Perjalanan diteruskan di Bandar Melaka bersama sahabat-sahabat saya yang menghadiri kursus bersama-sama, anjuran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), demi membenteras rasuah di tempat kerja.

 

Kursus yang ditempatkan di Hatten Place Hotel ini menyebabakan kami tiba di Hatten Hotel yang terletak berhampiran dengan Dataran Pahlawan, namun ianya adalah hotel yang lain daripada Hatten Place Hotel ini, kira-kira 5 minit perjalanan lagi dengan menaiki kereta.

Menarik tentang Hotel Hatten Place ini, ianya terletak di atas sebuah pusat membeli belah yang diberi nama The Elements Mall Melaka.


~ Hatten Place Hotel Melaka Review - The Main Lobby ~

 

Dari lift The Elements Mall Melaka, untuk ke lobi utama Hotel Hatten Place, kami perlu menaiki lift sehingga ke tingkat 12. Ini disebabkan sehingga ke tingkat 11 adalah merupakan pusat membeli-belah The Elements Mall.

 

Kawasan lobi utama Hatten Place Hotel ini agak luas, dan sangat luas sebenarnya jika berbanding dengan hotel-hotel yang lain. Boleh dikatakan dapat memuatkan lebih daripada 50 orang di dalam satu jangkamasa yang sama.

 
 

Setelah selesai proses pendaftaran masuk (pendaftaran masuk bermula daripada jam 2.00 petang, sekiranya sampai awal kena menunggu dahulu), maka kami menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu ke bilik hotel yang telah disediakan.

Menurut kepada sarung kad yang kami terima, terdapat beberapa fasiliti yang turut disediakan oleh pihak pengurusan hotel untuk para tetamu seperti Kolam Renang, Bilik Sauna dan juga Gym.


~ Hatten Place Hotel Melaka Review - The Hotel Room ~

 

Untuk menuju ke Bilik Hotel, lift yang perlu dinaiki juga berbeza dengan lift yang menghubungkan hotel dengan The Elements Mall, dimana hanya boleh didapati dari kawasan Lobi Utama Hotel dan di Ground Floor sahaja.

Terdapat dua (2) jenis bilik yang disediakan disini, iaitu Guest Rooms (terletak di tingkat 14 hingga ke tingkat 28) dan juga Premier Rooms (terletak di tingkat 29 hingga 34). Boleh dikatakan Premier Rooms adalah lebih besar dan menyajikan permandangan Kota Melaka dari tempat yang tinggi.

Seterusnya, saya kongsikan dengan anda bilik penginapan yang telah kami duduki di sepanjang tiga (3) hari dan dua (2) malam di sini.

 
 
 
Kawasan bilik tidur yang disediakan, memang selesa dan bersih, yang boleh nampak di dalam bilik air~

 
 
 
Beberapa kemudahan yang turut disediakan di setiap bilik~

 
 
Hidangan makanan yang boleh dipesan dan dihantar ke hadapan pintu~

 
Channel TV bagi yang kebosanan~

 
 
Pemandangan Selat Melaka~

 
Dan juga jenis-jenis bantal yang disediakan, mengikut kepada citarasa masing-masing~


Seterusnya adalah bahagian bilik air hotel pula.

 
 
Suasana di dalam bilik air hotel, tiada bathtub disediakan~

 
Dan peralatan mandian yang disediakan~


Secara puratanya, kebersihan dan juga keselesaan yang diberikan dan disediakan oleh pihak pengurusan Hotel Hatten Place ini memang memuaskan (walaupun tiada minuman alu-aluan disediakan).


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada bahagian pertama ini, akan saya teruskan pada bahagian yang kedua pula yang lebih kepada makanan yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel pula.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment