Wednesday 13 February 2019

Hutan Rekreasi Sungai Tekala Semenyih Review

Kali terakhir saya ke Hutan Rekreasi Sungai Tekala yang terletak di Semenyih adalah pada zaman persekolahan lagi bersama-sama dengan keluarga saya, kira-kira 20 tahun yang lalu. 

 

Kini, terdapat banyak perubahan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk menjadikan lokasi ini sebagai sebuah pusat rekreasi, termasuk beberapa struktur bangunan bagi memudahkan para pengunjung untuk berehat dan melakukan aktiviti-aktiviti di sekitar ini.

Banyak kemudahan yang telah dibina seperti surau dan juga tandas, menjadikan lokasi ini sangat sesuai untuk dijadikan pusat rekreasi di Selangor.


~ Hutan Rekreasi Sungai Tekala Semenyih Review - Useful Information ~

 

Terdapat beberapa perkara yang penting perlu anda tahu sekiranyanya datang ke Hutan Rekreasi Sungai Tekala ini, selain daripada denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun akibat daripada kecuaian anda (melalukan pembakaran hutan).


 

Pertama sekali adalah bayaran yang dikenakan kepada para pengunjung untuk memasuki Hutan Rekreasi Sungai Tekala ini beserta fi-fi yang lain, dicatat seperti dibawah.

Fi Masuk
Dewasa : RM 2.00 seorang
Kanak-kanak (12 tahun kebawah) : RM 1.00 seorang

Fi Parkir Kenderaan
RM 3.00 satu kereta

Sewaan Tapak Khemah
Orang Awam : RM 10.00 untuk satu khemah
Pelajar : RM 5.00 untuk satu khemah

Sewaan Dewan Terbuka
RM 100.00 untuk satu hari

Perkhidmatan Tandas
RM 0.20 untuk seorang



 

Terdapat juga beberapa bayaran lain yang turut dikenakan kepada mereka yang ingin menginap di dalam Hutan Rekreasi Sungai Tekala ini, serta membuat pengambaran video atau mengambil gambar bagi tujuan komersial seperti dibawah.


Sewaan Chalet
Jenis A (3 bilik) : RM 200.00 sehari
Jenis B (2 bilik) : RM 150.00 sehari
Jenis C (1 bilik) : RM 100.00 sehari
Jenis D (Tiada bilik) : RM 50.00 sehari
Jenis E (Asrama) : RM 10.00 sehari untuk seorang

Pengambaran
Klip video/drama/filem/iklan komersial : RM 500.00 sehari
Fotografi komersial : RM 100.00 sehari


~ Hutan Rekreasi Sungai Tekala Semenyih Review - Water Activity Time ~


 

Setelah segala bayaran selesai, maka sudah tiba masanya untuk memulakan perlumbaan menuju ke sungai untuk bermandi-manda. 


 
 
 
 
 
 

Secara keseluruhannya, kawasan sungai di Sungai Tekala ini adalah landai dan kurang deras air sungainya, menjadikan lokasi ini sangat sesuai untuk melaksanakan aktiviti keluarga. Juga, tidak perlu risau akan keselamatan anak-anak kecil kerana kawasan ini agak selamat dan mempunyai batu yang kurang.

Namun perlu diawasi juga kawasan mandian anak-anak ini, kerana masih ada beberapa kawasan yang berbatu dan kawasan yang agak dalam. Maka, buatlah pilihan sebelum melepaskan anak-anak kecil dengan pengawasan yang minimum.



 

Tidak dilupakan juga untuk anda yang datang ke kawasan Hutan Rekreasi Sungai Tekala untuk menjaga barangan masing-masing terutamanya barangan berbentuk makanan kerana terdapat banyak hidupan liar yang duduk dan menanti kesempatan terbuka bagi mereka.

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

1 comment:

  1. Hi, boleh saya tahu chalet tu kat area mana ya? Sebab saya pergi hari tu tak jumpa.

    ReplyDelete