Friday 1 February 2019

The Blanket Hotel Seberang Jaya Penang Review

Berada di Penang di atas urusan kerja telah menemukan kami dengan sebuah hotel bajet yang terletak di Seberang Jaya, Penang yang diberi nama The Blanket Hotel.

 

Jarak diantara Hotel Blanket ini dari pusat bandar Seberang Jaya hanyalah 1.1KM sahaja, mengambil masa kurang daripada 5 minit menaiki kenderaan.

Apa yang menarik lagi tentang Hotel Blanket ini, ianya terletak berhampiran dengan Open University Pulau Pinang dimana sekiranya para ibu bapa ingin melawat anak-anak yang sedang belajar, maka The Blanket Hotel ini boleh dijadikan salah satu daripada destinasi anda.


~ The Blanket Hotel Seberang Jaya Penang Review - The Main Lobby ~

 

The Blanket Hotel ini mengenakan satu tema yang agak menarik di kawasan ruang lobinya, menggabungkan warna oren, hitam (atau warna kelabu) dan juga beberapa warna cerah seperti putih krim. Namun, apa yang boleh dilihat disini, warna tema utamanya adalah warna oren.

 

Ruangan menunggu yang disediakan berhampiran dengan Lobi Utama juga mengenakan gabungan warna yang simple, namun kehadiran warna yang melebihi daripada tiga (3) warna menyebabkan kawasan ini kelihatan agak padat dan sempit.

 

Hotel bajet seperti The Blanket Hotel ini juga mampu menyediakan minuman menyambut kehadiran kami, berupa air sirap ais. Meskipun ianya tidak mahal, dan kelihatan sangat laku sehingga ianya habis, namun ia adalah salah satu daripada cara pihak pengurusan melayan para tetamu yang hadir ke hotel bajet ini.

 

Selain daripada itu, di kaunter pendaftaran di Hotel Blanket ini, terdapat pelbagai jenis kad perniagaan yang diletakkan, dan salah satu kad telah menarik perhatian saya seperti di dalam gambar diatas. Idea yang cukup bagus sebagai seorang blogger, jadi adakah saya perlu membuatnya juga?


~ The Blanket Hotel Seberang Jaya Penang Review - The Hotel Room ~

 

Bilik yang disediakan untuk saya oleh pihak pengurusan hotel Blanket ini adalah di no 118, terletak di tingkat 1. Tanpa membuang masa, saya kongsikan dengan anda keadaan bilik hotel yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel ini.

 
 
Kawasan ruangan tidur yang agak luas~

 
 
Peralatan yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel~

 
Tuala mandi yang cukup putih dan bersih~

 
 
Kawasan bilik air yang agak luas juga, beserta dengan bathtub~

 
Dan yang la paling utama, sistem keselamatan~


Secara keseluruhan, bilik yang saya duduki pada kali ini sangat bersih dan tidak berbau. Lantai bilik airnya juga memang kering dan tidak berlumut (atau tidak licin ketika basah).

Hotel Blanket ini saya sarankan kepada mereka yang ingin menginap dalam jangkamasa yang terdekat diatas urusan kerja di sekitar Penang.

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment